Malaysia dan AS jauh berbeza, hormati Perlembagaan Persekutuan

Malaysia dan AS jauh berbeza, hormati Perlembagaan Persekutuan

RAKYAT Malaysia tidak perlu cuba untuk memulihkan Perlembagaan Persekutuan kerana ia tidak rosak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

VETERAN DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada 29 November lalu membuat ucapan dalam satu pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Manchester, United Kingdom (UK) dan disiarkan di blognya, limkitsiang.com. Antara kandungan ucapan itu, Kit Siang menyatakan perlembagaan negara membawa impian Malaysia dan bukannya impian satu etnik sahaja kerana ia tidak menghalang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mengambil contoh Amerika Syarikat (AS) yang setelah 230 tahun penubuhan negara itu mempunyai presiden berkulit hitam dengan harapan Malaysia tidak perlu menunggu begitu lama.

Kit Siang juga melontarkan persoalan sama ada Malaysia akan kembali menjadi hebat di dunia atau ditakdirkan menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal dan kleptokrat.

Diharap veteran DAP ini tidak terus cuba mengelirukan pelajar-pelajar dan rakyat dengan kenyataan-kenyataannya kerana perlembagaan negara di panggil Perlembagaan Persekutuan bukannya Perlembagaan Malaysia.

Persekutuan terdiri daripada gabungan negeri-negeri Tanah Melayu dan Borneo tidak termasuk sebuah pulau dikuasai kaum Cina bergelar Singapura. Persekutuan mempunyai penduduk majoriti Melayu dan peribumi sementara Islam ialah agama rasmi.

Ketua utamanya ialah raja Melayu yang digelar Yang di-Pertuan Agong (YDPA), kemudiannya melantik seorang Perdana Menteri untuk mentadbir negara.

Selain tanggungjawab melantik Perdana Menteri, YDPA juga melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan kepentingan hak kaum-kaum lain.

Seperti mana-mana negara yang beraja, rakyat Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap seorang daripada rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi yang terbaik kepada negara, tidak kira dari segi perkhidmatan mahupun kesetiaan tanpa mengira kaum dan agama.

AS melantik seorang kulit hitam berasal dari Afrika, tetapi tidak menggunakan bahasa ataupun mengamalkan cara hidup Afrika dan jiwanya seratus peratus AS.

Sedangkan pemimpin kaum Cina dan India di Malaysia masih menggunakan bahasa asal, mengamalkan cara hidup negara asal dan sekiranya hendak berbicara tentang jiwa mereka, masih boleh di ragukan.

Negara tidak perlu berpecah belah sekiranya semua rakyat menjiwai Perlembagaan Persekutuan, menerima sepenuhnya dan mengamalkan bahasa kebangsaan dan cara hidup Malaysia selain tidak cuba untuk memulihkan Perlembagaan Persekutuan, seolah-olah Perlembagaan Persekutuan yang ada ini telah rosak seperti tercatat dalam matlamat kedua perlembagaan DAP.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya