Kita pernah berjaya boikot, pasti kali ini juga boleh

Kita pernah berjaya boikot, pasti kali ini juga boleh

KETIKA ini, kita dapat lihat rangkaian kafe dan restoran makanan segera di negara ini kurang atau tidak dikunjungi terutama oleh masyarakat Islam sebagai tanda solidariti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU Palestin-Israel merupakan konflik yang tercetus sejak 1948 selepas penubuhan negara Israel di tanah Palestin. Pada mulanya, bangsa ini telah diusir dari pelbagai negara di dunia sehinggalah menjadi pelarian di bumi Palestin.

Disebabkan keangkuhan dan dengan mengaku Palestin sebagai tanah yang dijanjikan oleh nenek moyang mereka, menyebabkan bangsa pendatang itu menyerang rakyat Palestin dengan kejam tanpa belas kasihan selama 75 tahun.

Antara usaha boleh dilakukan adalah memboikot sebilangan besar produk yang menyokong Israel kerana menyumbang senjata untuk kegunaan Zionis bagi mengebom dan menyerang Semenanjung Gaza.

Seruan boikot harus dipertingkatkan di Malaysia apabila timbul isu sensitif seperti ini sebagai tanda pembelaan kita terhadap rakyat Palestin yang ditindas dengan kejam.

Malaysia pernah mencatat sejarah apabila melancarkan kempen Buy British Last pada 3 Oktober 1981. Ketika itu, syarikat Britain mengalami kerugian berbilion pound sehingga menyebabkan Menteri Perdagangan Britain ketika itu, Richard Needhan membuat lawatan selama empat hari ke Malaysia untuk berdamai.

Jadi, tidak mustahil tindakan boikot produk Israel juga akan memberi kesan besar terhadap penurunan ekonomi negara tersebut.

Ketika ini, kita dapat lihat restoran rangkaian makanan segera di negara ini kurang atau tidak dikunjungi terutama oleh masyarakat Islam sebagai tanda solidariti.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharamkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana- mana pelabuhan Malaysia.

Malah, ada rangkaian kafe dan gedung fesyen akan ditutup secara kekal di Maghribi sebelum akhir tahun ini sepertimana dilaporkan media tempatan, Maroc Hebdo seperti dipetik portal berita The New Arab.

Disebabkan Malaysia tidak boleh menghantar bantuan tentera ke Palestin ekoran terikat dengan Perjanjian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), maka media sosial merupakan alternatif yang boleh digunakan untuk membuka mata seluruh dunia tentang kekejaman dan ketidakperikemanusiaan Israel Zionis terhadap Gaza.

Sebagai pengguna media sosial, kita haruslah berusaha menyebarkan kebenaran yang berlaku agar seluruh dunia memihak kepada Palestin. Sekiranya usaha ini dipandang remeh, boleh jadi bangsa Palestin akan hilang di muka bumi, namun janji Allah itu pasti.-UTUSAN

AISYAHTUL ASSHYURA LAJIS
Universiti Malaya (UM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya