Jangan ganggu SPRM siasat Aman Palestin - Utusan Malaysia

Jangan ganggu SPRM siasat Aman Palestin

AMAN Palestin perlu bersikap profesional serta memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMERHATI Rasuah Malaysia (MCW) secara tegas dan tanpa prejudis meminta pihak Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) bersikap lebih profesional serta memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan tanpa gangguan.

MCW percaya SPRM bertindak berdasarkan data dan fakta. Oleh itu, kami memandang serius terhadap telahan wujud konspirasi dalam isu ini.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya Aman Palestin sentiasa mengamalkan tadbir urus bersih dan akauntabiliti yang baik dalam setiap operasi mereka. Berani kerana benar!

Pada pemerhatian kami, tindakan mencabar proses siasatan dalam kes ini seolah-olah wujud agenda lain yang tersembunyi atau ada perkara tidak mahu didedahkan.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pembekuan akaun bank terbabit dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan langkah biasa dalam sesuatu siasatan rasuah.

SPRM juga sudah bersedia untuk mendedahkan kepada mahkamah, justifikasi tindakan pembekuan 41 aset Aman Palestin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang.

Aman Palestin yang mendakwa mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudah 18 tahun memperjuangkan hak kemanusiaan sewajarnya lebih matang dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses siasatan ini.

Biarkan SPRM teruskan siasatan dengan tegas dan adil. Jangan mencabar atau menggugat keadilan.

Proses siasatan SPRM tanpa sebarang tekanan perlu dilaksanakan demi membanteras penindasan terhadap rakyat yang mungkin sudah lama tertipu atas sumbangan bantuan kemanusiaan Palestin selama ini. – UTUSAN

JAIS ABDUL KARIM, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya