Jalan masuk ke UIAM tidak terurus, dipenuhi sampah - Utusan Malaysia

Jalan masuk ke UIAM tidak terurus, dipenuhi sampah

PENYELENGGARAAN jalan raya, lampu jalan dan kebersihan di sekitar kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor perlu ditambah baik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya mengunjungi dua universiti awam di Shah Alam dan Johor Bahru ketika mendaftarkan anak-anak saya.

Pemerhatian saya di kedua-dua universiti tersebut menunjukkan tahap kebersihan dan kekemasan persekitaran jalan masuk lebih baik dan jauh berbeza dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

Terdapat perbezaan ketara yang memerlukan penyelesaian segera oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Antara beberapa isu perlu mendapat perhatian segera adalah terdapat longgokan sampah di bahu jalan dan wujud kawasan pembuangan sampah haram.

Kedua, keadaan rumput di sepanjang bahu dan pembahagi jalan tidak terurus. Ketiga, terdapat lampu jalan yang tidak diselenggara dengan sempurna.

Keempat, keadaan jalan berlubang perlu diperbaiki untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.  Kelima, MPS perlu mengambil langkah mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan tersebut.

Keenam, terdapat kedai dan kilang haram di sepanjang Jalan Gombak, Jalan Sungai Pusu dan Jalan Sungai Chinchin.

Saya percaya MPS, Jabatan Kerja Raya daerah dan kontraktor jalan boleh meningkatkan kerjasama untuk menangani isu-isu ini dengan serius.

Saya percaya langkah-langkah yang diambil dapat meningkatkan keadaan persekitaran dan memberi impak positif kepada komuniti setempat. – UTUSAN

WARGA GOMBAK, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya