Hapuskan stigma rakyat terhadap penagih dadah - Utusan Malaysia

Hapuskan stigma rakyat terhadap penagih dadah

STIGMA terhadap penagih dadah boleh menyebabkan mereka tidak mahu mendapatkan rawatan perubatan atau perkhidmatan profesional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA berlaku kecurian dalam sesebuah kampung, kebiasaannya masyarakat meletakkan kesalahan tersebut kepada penagih dadah.

Mungkin ada kebenarannya penagih dadah terlibat dengan jenayah seperti mencuri untuk membeli dadah.

Namun, tidak semua kes dilakukan oleh penagih dadah. Dalam konteks sosiobudaya, stigma masih lagi menjadi hambatan utama dalam membantu pemulihan penagih dadah.

Sikap ini timbul disebabkan kurangnya pengetahuan tentang ketagihan dadah.Misalnya, penagih dadah yang ketagihan methamphetamine mungkin bersikap agresif atau bertingkah laku ganas. Tingkah laku tersebut menyebabkan penagih dadah dilabelkan sebagai ganas atau jahat.

Melayan penagih dadah sebagai penjenayah atau meletakkan mereka dalam penjara membawa konotasi penagih dadah sebagai orang berbahaya dan berisiko kepada masyarakat.

Stigma terhadap penagih dadah boleh menyebabkan mereka tidak mahu mendapatkan rawatan perubatan atau perkhidmatan profesional. Jika perkara ini dibiarkan, mereka akan berdepan penagihan dadah kronik dan usaha rawatan semakin sukar.

Stigma juga menghalang penagih dadah untuk tampil menyertai program-program dilaksanakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Oleh itu, sudah tiba masanya usaha dibuat untuk meningkatkan kesedaran awam bahawa penagihan dadah boleh dirawat dan berilah peluang kepada mereka untuk menjalani rawatan dan intervensi pemulihan ketagihan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. NORRUZEYATI CHE MOHD. NASIR
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya