Hapuskan dalam minda rakyat yang SPRM ‘dibayangi’ kerajaan - Utusan Malaysia

Hapuskan dalam minda rakyat yang SPRM ‘dibayangi’ kerajaan

sprm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA Julai 2018, kerajaan pada ketika itu mengumumkan sembilan agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara akan diletakkan langsung di bawah Parlimen kerana rombakan besar-besaran di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Namun, jelas kelihatan ia tidak berlaku. Pelbagai pihak termasuk Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) selalu mencadangkan agar pelantikan ketua-ketua agensi itu mestilah ditemu duga dan dipilih oleh ahli-ahli Parlimen melalui satu proses khas dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau terus diletakkan di bawah kuasa baginda.

Cadangan yang lebih lengkap adalah dengan memberikan SPRM kuasa autonomi sepenuhnya terutama dalam hal berkaitan kewangan dan pelantikan/pemecatan ketua pesuruhjaya atau pegawai dan diiktiraf sebagai sebuah badan berperlembagaan sendiri di bawah YDPA.

Hal ini pasti akan melibatkan proses pindaan Perlembagaan Persekutuan. Tujuan cadangan ini adalah untuk memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan dan bagi menghapuskan pandangan bahawa agensi itu akan berat sebelah kepada kerajaan semasa.

Kedaulatan undang-undang yang sebenarnya mesti dipatuhi dan ditegakkan. MCW dan rakyat secara keseluruhannya mempunyai persepsi bahawa SPRM di bawah YDPA akan memberikan impak positif kerana banyak insiden dalam negara yang kelihatan seolah-olah parti pembangkang kerap kali menjadi ‘mangsa’ dan SPRM sering dituduh terikat dengan kerajaan semasa.

Melalui cara ini juga, tohmahan SPRM menjadi alat politik dapat dielakkan malah akan mampu meningkatkan kebebasannya dan menjadi lebih telus sehingga mampu meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International negara pada masa hadapan. – UTUSAN

JAIS ABDUL KARIM, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya