Guna kad Touch n’ Go pun sudah tak selamat? - Utusan Malaysia

Guna kad Touch n’ Go pun sudah tak selamat?

PEMBACA musykil bagaimana kad Touch ‘n Go yang ada dalam simpanannya sejak 10 tahun lalu boleh didaftarkan atas nama orang lain dengan mudah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 21 Disember lalu, kira-kira pukul 9 malam, saya cuba menggunakan kad Touch ‘n Go di Plaza Tol Jalan Duta, namun tidak berjaya kerana tertulis pada skrin: ‘Kad tidak sah.’

Nasib baik saya ada kemudahan Touch ‘n Go pada MyKad dan membolehkan saya meneruskan perjalanan.

Saya kemudiannya singgah di stesen petrol untuk mengetahui sekiranya baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi menyebabkan kad tersebut tidak sah.

Lega rasanya apabila mendapati baki masih ada kira-kira RM100 dan mengandaikan mungkin disebabkah masalah teknikal.

Keesokan harinya, kira-kira pukul 9 pagi, saya menghubungi nombor khidmat pelanggan Touch ‘n Go 03-2714888 untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, kakitangan lelaki yang menjawab tidak membantu langsung. Dia memaklumkan kepada saya bahawa kad saya sudah didaftarkan atas nama orang lain. Selain itu, baki yang ada dalam kad sudah dikeluarkan.

Saya meminta penjelasan dan maklumat lanjut, namun dia menyuruh saya membuat laporan polis dan menyerahkan masalah berkenaan untuk disiasat dan diselesaikan oleh pihak polis.

Kecewa dengan jawapan yang diterima itu, kira-kira pukul 8 malam saya ke pejabat Touch ‘n Go di pusat beli-belah Nu Sentral.

Saya dimaklumkan perkara sama bahawa kad saya telah didaftarkan atas nama orang lain. Namun, baki dalam kad masih ada.

Saya membuat aduan secara rasmi di situ dan diberitahu akan mengambil masa 30 hari untuk diselesaikan.

Yang menjadi kemusykilan, bagaimana kad yang sudah 10 tahun ada dalam simpanan saya boleh didaftarkan atas nama orang lain?

Bagaimana orang tersebut boleh mendaftar atas nama dia sedangkan kad yang mempunyai nombor siri masih ada pada saya?

Saya mengesyaki ini mungkin kerja orang dalam. Saya menunggu maklum balas daripada pengurusan Touch n’ Go mengenai perkara ini. – UTUSAN

PENGGUNA SENTUH ‘N JALAN, Ampang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya