DAP perlu buktikan ia parti yang menghormati Islam - Utusan Malaysia

DAP perlu buktikan ia parti yang menghormati Islam

KEAHLIAN beberapa pemimpin Melayu dalam DAP bukan membuktikan parti itu telah banyak berubah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang mengatakan bahawa DAP tidak menentang Islam dengan menyatakan dirinya yang menyertai dan diterima parti itu sebagai bukti hidup ia bukan sebuah parti anti-Islam seperti didakwa pembangkang.

Untuk pengetahuan kita bersama khususnya Young Syefura, persepsi seperti yang didakwa pembangkang wujud berikutan tindak-tanduk beberapa pemimpin parti itu sebelum ini yang menimbulkan pelbagai kontroversi.

Antaranya pada 2014, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menyatakan pendirian bahawa hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam

Pada April 2019, bekas senator daripada DAP, Nga Hock Cheh menimbulkan kontroversi di Dewan Negara kerana mencadangkan pengguguran perkataan agama yang memaklumkan status agama seseorang dalam kad pengenalan (MyKad) kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

Pun begitu, cadangan tersebut telah ditolak oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan status agama dalam MyKad akan dikekalkan.[

Kemudian pada 14 November 2022, Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyatakan gabungan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan Pas dalam mengawal aktiviti maksiat.

Pada Oktober 2022 pula, veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, menyebut Malaysia tidak memerlukan ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan ketuanan Malaysia.

Mana-mana umat Islam tidak kira lelaki atau wanita yang bersama menyertai mana-mana pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan hak Islam iaitu suruhan dan tegahan serta halal dan haram selain bercanggah dengan tujuan manusia dicipta dan dilahirkan ke dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak. – UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya