Beri bantuan setiap minggu sebagai ganti subsidi - Utusan Malaysia

Beri bantuan setiap minggu sebagai ganti subsidi

CADANGAN menyalurkan bantuan setiap minggu bertujuan mengelak golongan penerima membuat pembelian barangan tidak perlu kerana mendapat wang banyak sekali gus. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERBELANJAAN subsidi kerajaan untuk rakyat telah mencapai tahap membebankan. Kerajaan perpaduan kini merangka pelbagai kaedah untuk memastikan subsidi hanya disalurkan kepada golongan yang layak menerimanya.

Sebagai contoh, pemberian subsidi petrol RON 95 sudah tentu akan menimbulkan masalah ketirisan dan penyelewengan. Pelbagai cara akan dilakukan pengguna untuk memanipulasi sistem agar dapat menikmati subsidi petrol walaupun sebenarnya tidak layak. Hal sama untuk minyak masak, gula dan barang subsidi lain.

Dalam konteks ini, tindakan berani kerajaan menghapuskan semua subsidi adalah keputusan bijak. Dengan langkah ini, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat dihindari. Hasil negara yang terkumpul daripada penghapusan subsidi boleh digunakan untuk memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.

Sebagai contoh, kumpulan miskin tegar dapat menerima bantuan sebanyak RM200, kumpulan berpendapatan rendah (B40) sebanyak RM150 dan sederhana (M40) menerima RM100 setiap minggu. Tambahan pula, bantuan persekolahan awal tahun boleh dinaikkan kepada RM300 bagi mereka yang layak.

Wajar juga kerajaan memberikan bonus kepada semua rakyat pada setiap kali pembentangan belanjawan jika kewangan kerajaan mengizinkan.

Cadangan menyalurkan bantuan setiap minggu adalah bagi mengelak golongan penerima bantuan menerima jumlah besar sekali gus menyebabkan mereka membuat pembelian barangan tidak perlu. Dengan pembayaran mingguan, wang tersebut lebih cenderung digunakan untuk keperluan asas.

Selain itu, pendekatan ini dapat membantu mendidik rakyat agar berbelanja secara bijak, menggunakan pendapatan untuk tabungan dan hanya membeli barangan perlu.

Untuk jangka pendek, walaupun tindakan ini mungkin tidak popular tetapi jangka panjang akan menyelamatkan kewangan kerajaan dan memastikan bantuan disalurkan secara adil kepada rakyat.

Namun, ahli politik terutama pembangkang perlu memberikan kerjasama yang baik terhadap usaha ini. Mereka seharusnya mengelak tindakan yang boleh membakar perasaan rakyat kerana boleh menggugat usaha untuk memperbaiki keadaan sedia kusut ini. – UTUSAN

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
Tokoh Guru Kebangsaan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya