Adakah serbuan imigresen hanya gimik? - Utusan Malaysia

Adakah serbuan imigresen hanya gimik?

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menangkap kakitangan Jabatan Imigresen kerana didapati melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ialah bekas pengamal media arus perdana yang bergiat aktif sebagai aktivis masyarakat bagi memperjuangkan hak rakyat dengan menerima aduan-aduan melalui dua saluran komunikasi, iaitu e-mel atau media sosial.

Saya ingin mengulas kenyataan Jabatan Imigresen (JIM) baru-baru ini yang telah mengusir 35,802 pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak Januari hingga November lalu.

Dalam tempoh sama, JIM turut menahan 58,774 PATI dan 289 majikan hasil 103,124 pemeriksaan menerusi 9,164 operasi dijalankan di seluruh negara.

Dikatakan fokus utama JIM adalah memastikan tiada majikan yang menggajikan PATI dan masalah berkenaan tidak berleluasa.

Saya tertanya-tanya, mengapa hingga kini JIM masih tidak dapat membuktikan status pendakwaan dan saman sangsi kepada majikan yang menggajikan dan melindungi PATI?

Adakah tangkapan atau serbuan dibuat hanya gimik dan ‘wayang’ untuk meredakan kemarahan rakyat atau bertujuan menunjukkan JIM telah bertindak terhadap aduan dibuat?

Perkara ini penting kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap JIM termasuk tanggapan ada pengkhianat di dalam jabatan itu seperti pegawai mengambil imbuhan atau melindungi PATI.

Ini menyebabkan mereka berasa kebal kerana tahu walaupun kena tangkap akan dibebaskan selepas itu.

Sebelum ini berlaku beberapa siri tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan warga JIM yang didapati melindungi PATI dan menerima rasuah. Sebab itulah isu lambakan PATI sehingga kini tidak dapat diselesaikan oleh JIM.

Kerjasama dan perhatian daripada pemimpin tertinggi negara berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. – UTUSAN

MOHD. SHAHRIL ABD. RANI, Aktivis pejuang hak rakyat Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya