Terus doakan kejayaan Palestin tentang rejim Zionis - Utusan Malaysia

Terus doakan kejayaan Palestin tentang rejim Zionis

KITA perlu sentiasa membantu apa yang termampu termasuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan rakyat Palestin menentang rejim Zionis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK sebulan lalu, umat Islam digemparkan dengan serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober sekali gus bukti bahawa warga Palestin tidak akan sesekali berputus asa dalam mendapatkan kembali hak yang dirampas Israel.

Serangan Hamas yang digelar Taufan al-Aqsa menyebabkan beberapa kawasan tanah haram Israel berjaya ditembusi dan juga meruntuhkan sempadan Gaza-Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dilakukan.

Akibat serangan ini, ramai penduduk Israel lari ke kawasan yang lebih selamat dan kebanyakan daripada mereka lari ke lapangan terbang Tel Aviv untuk berpindah ke negara lain.

Namun, tentera Israel membalas balik serangan dengan lebih kejam dan dahsyat apabila menyasarkan kanak-kanak, orang tua dan wanita tanpa belas kasihan. Lebih tepat lagi, tentera Israel ingin membunuh kesemua warga Palestin supaya mereka dapat menjadikan Baitulmuqaddis sebagai wilayah mereka.

Selain itu, Israel juga menyekat saluran air, elektrik, makanan dan bantuan yang diberikan kepada Gaza. Kesannya, Gaza mengalami krisis kekurangan air, elektrik, ubat-ubatan dan sebagainya.

Pada 28 Oktober lalu, persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan bertujuan melaksanakan gencatan senjata di Gaza.

Sebanyak 120 negara menyokong resolusi itu sementara 14 negara menentang dan 45 negara mengambil sikap berkecuali.

Tetapi, Israel tidak mengendahkan malah meneruskan lagi pembunuhan dan pengeboman kejam itu.

Jelas, tindakan Israel ini menunjukkan sisi kejam dan sikap tidak berperikemanusiaan. Bukan hanya mencabuli banyak perjanjian tetapi mereka menggunakan senjata yang tidak dibenarkan dan menyebabkan ramai kanak-kanak dan rakyat Palestin tidak bersalah terbunuh.

Kesalahan Israel ini ditutupi oleh rakan sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat (AS).Jadi, sebagai umat Islam, kita perlu bersatu padu memboikot segala barangan dan mengelak sebarang pertalian dengan Israel.

Kita perlu sentiasa membantu apa yang termampu termasuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan rakyat Palestin menentang rejim Zionis. – UTUSAN

NUR HDAYAHI ZAINUDDIN dan PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya