Tak mampu angkat senjata,kita doa selepas solat untukpenduduk Palestin

Tak mampu angkat senjata, kita doa selepas solat untuk penduduk Palestin

UMAT Islam dan masyarakat dunia bertanggungjawab membangun solidariti jitu bagi memastikan hak dan keselamatan rakyat Palestin direalisasikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN kejam Zionis Israel terhadap wilayah Semenanjung Gaza di Palestin mengakibatkan ribuan penduduknya termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya terbunuh. Malah, Israel dikatakan menggunakan bom fosforus yang diharamkan untuk ‘menghukum’ penduduk Palestin di Gaza.

Oleh itu, para pemimpin negara-negara Islam wajib memberi respons segera sebagai bukti tanggungjawab terhadap keadaan di Palestin dengan mengutuk sekeraskerasnya dan menekan Israel agar segera menghentikan tindakan kejam mereka.

Jika Israel tidak patuh, tindakan perlu diambil melalui saluran undang-undang untuk menghentikan kekejaman ini, termasuk cadangan menghantar pasukan ketenteraan untuk melindungi, membela dan menyelamatkan Palestin. Desakan politik dan perundingan permuafakatan antara negara-negara bersekutu perlu segera diwujudkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik.

Tersangatlah malangnya jika ada dalam kalangan pemimpin dunia yang berdiam diri seribu bahasa tanpa bertindak menghentikan pencerobohan hak Palestin secara terangterangan. Apatah lagi jika tanpa malu dan segan silu memberikan sokongan secara langsung kepada kebiadaban pengganas Israel dengan dalih memerangi dan membalas serangan ‘pengganas’ Hamas.

Amat memalukan jika ada yang bertindak seperti Amerika Syarikat dan sekutunya, kekal dengan sikap dan dasar dwistandard dalam menangani isu dan konflik Palestin yang berlarutan ini.

Sementara kita sebagai umat Islam, juga bertanggungjawab terhadap isu ini. Umat Islam dan masyarakat dunia bertanggungjawab membangun solidariti jitu bagi memastikan hak dan keselamatan rakyat Palestin direalisasikan. Penderitaan mereka yang malang di Palestin mesti segera ditamatkan.

Adalah wajib bagi kita membantu, melindungi dan menyelamatkan Palestin dengan sekecil cara dan usaha sekalipun, hatta semudah mengucapkan beberapa baris doa untuk mereka seusai solat. Malah semudah menahan diri daripada membeli dan menggunakan produk yang menyokong kekejaman rejim Zionis Israel, menyalurkan bantuan dana semampunya dan menyokong agensi-agensi kemanusiaan yang terlibat dalam menyalurkan bantuan.-UTUSAN

RUSLI ABDUL RONI
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya