Subjek susah boleh jadi mudah jika ada minat mendalam - Utusan Malaysia

Subjek susah boleh jadi mudah jika ada minat mendalam

MINAT terhadap subjek sukar boleh dipupuk melalui kekerapan membaca, menulis atau mendengar hujahan daripada mata pelajaran itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

REMAJA alaf ini didapati kurang minat dalam menuntut ilmu. Kelemahan ini tidak boleh diletakkan di bahu tenaga pengajar kerana pada asasnya pelajar itu sendiri tidak meminati subjek tersebut.

Asasnya, seseorang itu perlu menimbulkan minat dalam diri sebagai galakan dalam menuntut ilmu. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek.

Amat penting untuk menentukan mana-mana subjek yang perlu dititikberatkan dan yang mudah dipelajari. Minat akan ‘hadir’ apabila kita bijak mengatur cara belajar.

Seterusnya, kita perlu membaca dengan mendalam terutamanya mata pelajaran yang sukar. Minat boleh dipupuk melalui kekerapan membaca, menulis atau mendengar hujahan daripada mata pelajaran itu.

Selain itu, pelajar perlu tetapkan matlamat semasa di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya tidak tergelincir dari tujuan asal menyambung pengajian.

Malah, berkongsi ilmu dengan bertukar-tukar pandangan sesama rakan ketika membuat ulang kaji akan membantu memupuk minat pelajar mendalami mata pelajaran.

Dalam masa sama berbincang bersama ibu bapa juga perlu agar tahap kefahaman terhadap mata pelajaran dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi.

Sesetengah pelajar perlu bimbingan ibu bapa untuk memahami apa yang dipelajari. Perkara ini akan memupuk sifat ingin tahu tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Oleh itu, tuntutlah ilmu dengan penuh minat kerana kita hanya hidup sekali sahaja. Jangan biarkan hari-hari anda sia-sia tanpa ilmu kerana sesungguhnya Allah SWT menciptakan kita dengan akal fikiran. Kita bukanlah haiwan yang tiada tujuan hidup.

Carilah ilmu itu seperti kita ingin mencari kehidupan yang tenteram. Ingatlah, bahawa minat itu tidak akan timbul secara tiba-tiba melainkan kita memupuknya. – UTUSAN

HASYA KHAIRINA HADILFIKRI
Pelajar Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya