Pindaan Perlembagaan Persekutuan bukan mustahil tetapi sukar - Utusan Malaysia

Pindaan Perlembagaan Persekutuan bukan mustahil tetapi sukar

KERAJAAN perlu membawa isu kelompongan akta antilompat parti ke Parlimen untuk diselesaikan tanpa perlu membentangkan undang-undang baharu jika mahu menjamin kerajaan yang stabil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM kita sibuk bersolidariti bersama Palestin, jangan kita leka dengan isu seorang peguam dan anaknya yang memfailkan petisyen mencabar peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Islam Kelantan.

Kesalahan-kesalahan di bawah enakmen ini antaranya ialah liwat, memusnahkan tempat ibadat, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, apa-apa yang memabukkan, perjudian, sumbang mahram dan lain-lain.

Sebagai bukan seorang peguam mahupun pengamal undang-undang, saya tidak berniat untuk membicarakan isu ini dengan lebih mendalam.

Tetapi apa yang kita faham, sekiranya petisyen ini berjaya, dua kesan serta-merta boleh berlaku. Pertama, semua individu yang didapati bersalah di bawah enakmen tersebut akan terlepas.

Kedua, Kelantan tidak boleh membuat undang-undang sekiranya keperluan timbul untuk melindungi orang Islam. Dikhuatiri keputusan ini juga akan memberi kesan domino kepada negeri-negeri lain.

Yang menjadi kehairanan, peguam yang memfailkan petisyen ini jika dilihat dari namanya merupakan seorang Melayu Islam.

Beliau ada membuat kenyataan bahawa itu adalah hak beliau sebagai individu untuk memfailkan petisyen tersebut.

Maka, kita terima kenyataan itu. Namun, sebagai seorang Islam, bukankah kita juga ada tanggungjawab tertentu?

Dalam pada itu, beberapa seruan dibuat supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi melindungi undang-undang syariah, tetapi ia memerlukan persetujuan dua pertiga ahli Parlimen.

Jika dinilai suasana politik negara hari ini, pindaan itu bukan sesuatu yang mustahil tetapi sukar.

Di sinilah perlunya kuasa politik Melayu memainkan peranan. Orang Melayu perlu bersatu mengembalikan kuasa politik Melayu.

Ini bagi menjamin keharmonian negara dan memelihara kedudukan bangsa Melayu dan kesucian agama Islam. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya