Perubatan tradisional Cina tiada unsur keagamaan, mistik

Perubatan tradisional Cina tiada unsur keagamaan, mistik

PERUBATAN tradisional Cina seperti akupunktur adalah amalan sah yang diiktiraf di Malaysia. – IHSAN IMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERUBATAN tradisional Cina (TCM) seperti bekam, akupunktur dan preskripsi herba adalah amalan sah yang diiktiraf di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan dan dikawal selia di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) 2016.

Industri TCM sedang melalui peralihan penting ke arah keseragaman dan kredibiliti lebih meluas dalam kalangan komuniti dan mulai Mac 2024, semua pengamalnya perlu berdaftar dengan Majlis T&CM. Mereka akan diberikan Sijil Pengamalan Tahunan (APC). Ini akan memudahkan orang awam untuk mengesahkan ketulenan pengamal TCM berdaftar.

Matlamat TCM adalah untuk memulihkan keseimbangan dan mengatur tenaga badan yang dinamik. Ia boleh dipengaruhi pelbagai faktor seperti diet, tekanan, penyakit kronik dan banyak lagi.

Berdasarkan prinsip ini, pengamal kaedah ini boleh membantu menguruskan banyak penyakit. Sebagai contoh, TCM boleh membantu melegakan kesakitan kronik, menyokong sistem imun, meningkatkan kualiti tidur dan banyak lagi.

Pendekatan TCM ini sangat berbeza dengan perubatan Barat, yang lazimnya memberi tumpuan kepada diagnosis dan rawatan penyakit tertentu dengan menyasarkan organ atau bahagian badan yang terjejas.

Namun, perlu diingat bahawa TCM dan ubat konvensional boleh diamalkan seiring, selagi mana kedua-dua pihak mempunyai maklumat yang jelas. Penting untuk menjarakkan pengambilan ubat oral dari kedua-dua disiplin sekurang-kurangnya empat jam bagi meminimumkan risiko saling tindak balas.

Pesakit juga perlu tahu bahawa kaedah ini tiada sebarang kaitan dengan unsur mistik dan keagamaan. Ramai orang dari latar belakang berbeza pergi mendapatkan bantuan pengamal TCM.

Untuk lawatan pertama, ia sama sahaja dengan mana-mana temu janji perubatan lain. Pengamal TCM akan mencatat sejarah perubatan dan melakukan beberapa teknik diagnostik bagi memeriksa tubuh.

Semua ini berasaskan prinsip saintifik dan bukan bersifat spiritual bagi menangani sebarang ketidakseimbangan dalam badan.-UTUSAN

DR. ONG SIEW SIEW
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya