Penjimatan berganda kalau pakai solar

Penjimatan berganda kalau pakai solar

solar
NEM Rakyat akan ditingkatkan sebanyak 150MW kepada 600MW supaya lebih ramai pengguna domestik dapat memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk pemasangan sistem solar PV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELAN Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa 1 yang dilancarkan pada 27 Julai lalu dijangka memberi manfaat meluas termasuk memacu 10 hingga 15 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sasarannya untuk mencapai penjimatan tenaga sebanyak 22 peratus menjelang 2050. Ia dijangka menghasilkan 25,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjana pelaburan sebanyak RM25 bilion. NETR adalah selari dengan Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang menyasarkan pengeluaran karbon sifar bersih menjelang 2050.

Antara pelaburan Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang difokuskan dalam NETR adalah penggunaan tenaga solar. Ia adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak pernah habis. Selain itu, ia bersifat bersih dan bebas daripada pencemaran udara yang tidak memudaratkan kesihatan awam. Sumber suria ini berpotensi meningkatkan ekonomi negara melalui pelaburan jangka panjang dan membuka peluang baharu kepada rakyat.

Kebiasaan kos bagi pemasangan panel solar di sesebuah kediaman adalah sekitar RM14,000 hingga RM46,000 bergantung pada jenis rumah dan saiz bumbung. Kini terdapat lebih 100 syarikat yang terlibat dengan pemasangan panel solar di Malaysia dan kapasiti tenaga solar yang terpasang meningkat 17 kali ganda menyebabkan harganya menurun lebih daripada 80 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Perkembangan ini membuktikan kesedaran masyarakat telah meningkat dan menarik pelabur untuk terlibat dalam industri TBB.

Sejumlah RM50 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 untuk memasang infrastruktur solar atas bumbung dan kemudahan kerajaan di seluruh negara sebelum akhir tahun ini. Tambahan pula, kerajaan turut melanjutkan tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Disember 2024 bagi menggalakkan lebih ramai pemilik memasang panel solar bagi hartanah kediaman.

Pulangan pelaburan solar adalah sekitar 15 ke 20 peratus setahun dengan potensi pulangan atas pelaburan (ROI) dalam tempoh lima tahun. Walaupun kos permulaannya agak mahal, tapi ia menguntungkan dalam jangka masa panjang. Ia dapat menjimatkan 30 ke 50 peratus perbelanjaan elektrik bulanan bagi sektor komersial, industri dan agensi kerajaan. Bagi hartanah kediaman, penjimatan elektrik boleh mencapai sehingga 90 peratus.-UTUSAN

MORNI KASPIN
Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) Universiti
Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya