Pagar sekolah daif juga patut diberi perhatian

Pagar sekolah daif juga patut diberi perhatian

DENGAN adanya pagar sekolah memudahkan pengawal keselamatan mengawal keselamatan pelajar di sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA pertengahan Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024. Banyak peruntukan diumumkan yang melegakan rakyat marhaen.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sekali lagi mendapat peruntukan terbesar untuk menyelenggara sekolah di seluruh negara.

Kementerian itu menerima peruntukan sebanyak RM58.7 bilion dengan RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan peruntukan dana lebih besar yang diterima sektor pendidikan negara mampu meningkatkan akses kepada kualiti pengajian terbaik buat seluruh masyarakat.

KPM juga sebelum ini memperuntukan RM70,000 untuk membaiki tandas setiap sekolah di seluruh negara.

Pun begitu, satu perkara lagi perlu disegerakan oleh KPM ialah membaiki kerosakan pagar sekolah dan asrama. Amat menyedihkan apabila pagar sekolah tidak diberi perhatian kerana ia melibatkan keselamatan murid dan harta benda sekolah.

Sekolah-sekolah di bandar megah dengan tembok pagar dan pintu pagar yang cantik tetapi sekolah luar bandar, pagar pun tiada. Hanya tinggal tiang-tiang besi pagar tercacak. Jaring pagar yang tinggal pun berlubang di serata tempat.

Banyak masalahnya apabila pagar tidak diselenggara dengan baik. Contohnya, sewaktu perkhemahan unit beruniform, macam-macam perkara boleh berlaku sekiranya tiada pagar seperti gangguan anjing liar dan babi hutan. Ketiadaan pagar juga menyukarkan pengawal keselamatan untuk mengawal kawasan sekolah.

Semoga satu pemantauan dan tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah pagar sekolah.-UTUSAN

TOK AKI TAM
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya