Menunggu jawapan sebab gagal biak Harimau Malaya

Menunggu jawapan sebab gagal biak Harimau Malaya

KERAJAAN Kelantan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani masalah hidupan liar yang berleluasa di Gua Musang, Kelantan ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAJIAN Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini menjanjikan peningkatan perlindungan bagi spesies haiwan terancam.

Ia melibatkan langkah memperbesarkan lagi kawasan perlindungan, mendapatkan penglibatan komuniti tempatan, meningkatkan operasi penguatkuasaan untuk memerangi jenayah hidupan liar, memperluaskan lagi kawasan perlindungan marin (MPA) dan kajian semula Akta Perikanan 1985 dengan meningkatkan lagi penalti bagi kesalahan melibatkan ekosistem dan spesies marin.

Ini adalah langkah pencegahan terpuji diambil untuk melindungi spesies haiwan terancam kita daripada pupus. Laporan kehadiran gajah, harimau, harimau kumbang dan haiwan terancam lain yang kerap kelihatan menyerlahkan isu penting ini mesti ditangani secepat mungkin.

Setiap tahun, beribu-ribu kilometer persegi hutan hilang. Malaysia kehilangan purata 96,000 hektar (0.43%) setahun antara 1990 dan 2010. Secara keseluruhannya, kehilangan litupan hutan sekitar 1,920,000 hektar (8.6%) sepanjang tempoh 10 tahun.

Selain pembangunan, hutan yang tinggal menghadapi ancaman daripada pembalakan haram dan pencerobohan akibat aktiviti pertanian serta pembandaran.

Kehilangan hutan memberi kesan serius kepada spesies terancam kita. Pada 2009, Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan dibangunkan untuk menggandakan populasi Harimau Malaya kepada 1,000 ekor menjelang 2020.

Namun, bukannya populasi harimau yang meningkat malah menurun dengan ketara kepada kurang daripada 150 ekor. Mengapa rancangan itu gagal? Tiada alasan diberikan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab.-UTUSAN

MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya