Jurulatih sukan wanita kita tiada masa depan?

Jurulatih sukan wanita kita tiada masa depan?

PENGLIBATAN jurulatih wanita akan dapat menarik lebih ramai kaum Hawa dari segenap lapisan masyarakat untuk turut sama menyumbang kepada pembangunan sukan negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKEMBANGAN arus kemodenan menjadikan penglibatan wanita sebagai suri dan teladan agar mereka dapat turut sama bergiat aktif dalam membantu merancakkan lagi arena sukan dan rekreasi tanah air. Ini akan memberi ruang dan peluang kepada golongan ini untuk sama-sama menyumbang buah fikiran dan idea dalam setiap lapangan diceburi.

Jurulatih wanita dapat membantu mengendalikan atlet wanita termasuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa kerana mudah bagi mereka mendapatkan lebih banyak peluang memajukan diri sendiri serta berkongsi pengalaman agar dapat terus menaikkan nama baik organisasi dan imej keperibadian yang unggul.

Realiti hari ini, pasukan sukan wanita tidak kira di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa mendapati keterlibatan jurulatih wanita pada tahap tidak maksimum. Walaupun ramai atlet wanita mengambil bahagian dalam setiap acara dan permainan dipertandingkan, penglibatan jurulatih wanita masih kurang sekali gus perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Persoalannya, mengapa tiada inisiatif untuk menarik lebih ramai penglibatan golongan wanita dalam arena kejurulatihan?

Pelbagai faktor harus diberi perhatian sama ada suasana dan persekitaran yang memberikan lebih banyak peluang, keselesaan fasiliti dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan fizikal mereka. Keselesaan atlet atau pemain wanita dalam setiap aktiviti yang dilakukan banyak mempengaruhi pencapaian sekiranya dapat berinteraksi, berkomunikasi dan berbincang dengan jurulatih yang mereka selesa apatah lagi jika melibatkan sentuhan fizikal dalam pengendalian sesuatu sukan dan permainan.

Oleh itu, amat penting jika pemain-pemain wanita dapat bekerja sebagai satu pasukan.

Kementerian Belia dan Sukan harus memberi perhatian dengan mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan wanita dari semasa ke semasa. Sejujurnya, penglibatan jurulatih wanita merupakan penggerak kepada kemajuan negara untuk kekal aktif pada masa hadapan.

Penglibatan jurulatih wanita akan dapat menarik lebih ramai golongan wanita dari segenap lapisan masyarakat agar turut sama menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

Golongan kritikal dan rentan seperti kanak-kanak dan remaja di peringkat komuniti sangat memerlukan jurulatih wanita yang lebih memahami dan boleh berkongsi setiap masalah dan juga berbincang secara terbuka untuk memajukan diri serta pencapaian lebih cemerlang.-UTUSAN

MOHD. NASIR ZAKARIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya