Jangan ambil remeh hal rumah tangga

Jangan ambil remeh hal rumah tangga

SETIAP pasangan suami isteri perlu bersedia meng­hadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku, tabiat pasangan serta masalah seksual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYURGA seorang isteri letaknya di tangan suami sama ada isteri tua atau isteri muda dan isteri terpaling muda. Sebuah hadis yang disahihkan oleh Imam Ibnu Hibban mewajibkan ke atas setiap isteri atau isteri-isteri mentaati suaminya dalam empat perkara selagi tidak mensyirikkan Allah SWT.

Bukanlah bermaksud isteri perlu dibebankan dengan melakukan banyak amal soleh tetapi setiap pahala dan balasan syurga bergantung kepada reda daripada seorang suami.

Namun tidak dinafikan di akhir zaman ini ujian serta dugaan berumah tangga terlalu berat melainkan setiap pasangan memiliki keimanan yang kukuh serta tahap kesabaran yang tinggi. Antara salah satu faktor seseorang itu tidak dapat mengawal emosi dan amarahnya disebabkan iman dalam diri masih rapuh. Ini bermakna iman yang kukuh menjadi benteng dalam menghadapi gelora perubahan zaman.

Lihat sahaja bagaimana golongan selebriti yang dilihat terlalu mudah ‘meremehkan’ hal-hal berkaitan rumah tangga seperti menukar pakaian.

Bahkan amat memeranjatkan antara alasan yang direkodkan Pejabat Agama Islam adalah masalah tenaga lemah batin atau mati pucuk (ED) iaitu ketidakupayaan mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk hubungan seksual. Justeru, sangat penting mencegah dan merawat masalah itu sebelum terlambat kerana ia masih boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal.

Ingatlah bahawa perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak hingga banyak gejala sosial berlaku berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir.

Kerana itu, setiap pasangan suami isteri perlu bersedia meng­hadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku, tabiat pasangan serta masalah seksual.-UTUSAN

WALI TOK SONGEI
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya