Jadikan uniform sekolah kemegahan pelajar, ibu bapa

Jadikan uniform sekolah kemegahan pelajar, ibu bapa

KEMENTERIAN Pendidikan mengambil langkah proaktif bagi memperkasakan pemakaian seragam sekolah dan dalam masa sama mengekalkan budaya dan tradisi yang telah terbina sekian lama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMAKAIAN seragam sekolah telah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan. Sejak 1970, Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan langkah lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah memakai uniform sekolah.

Namun, pada 3 Oktober 2021, bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memberi kelonggaran kepada pelajar untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah jika sudah tidak muat. Namun begitu, pelajar diwajibkan memakai uniform sekolah semula berkuat kuasa 12 Jun 2022.

Pada 2 Mei lalu, KPM sekali lagi mengeluarkan arahan membenarkan pemakaian pakaian sukan berikutan cuaca panas keterlaluan yang boleh memberi kesan kepada pelajar. Namun sehingga ke hari ini, tiada arahan baharu sedangkan cuaca kembali pulih seperti sediakala.

Rentetan daripada arahan tersebut, pelajar mulai selesa sekali gus keadaan ini menjadikan pakaian seragam semakin dilupakan.

Pertembungan pendapat pastinya berlaku apabila arahan baharu dikeluarkan kerana ibu bapa juga sudah selesa dengan budaya pemakaian baju sukan. Pakaian seragam sekolah yang dahulunya menjadi kemegahan zaman persekolahan dilihat ibu bapa sebagai tidak lagi bermakna. Ini kerana membeli baju sukan jauh lebih murah harganya berbanding satu set pakaian seragam sekolah yang ratarata mencecah ratusan ringgit.

Justeru, KPM seharusnya bertegas dalam situasi ini terutama dengan arahan yang lebih jelas mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam MuridMurid Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan) yang telah dibuat sebelum ini adalah terpakai melainkan arahan drastik yang memerlukan tindakan segera mengikut situasi semasa.-UTUSAN

DR. ABD. RAZAK ZAKARIA
Pengerusi Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keluarga
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya