Data LHDN tidak tepat, ada rakyat kecewa bantuan STR tidak cukup - Utusan Malaysia

Data LHDN tidak tepat, ada rakyat kecewa bantuan STR tidak cukup

STR Fasa 2 dibayar bermula 3 April sebelum Hari Raya Aidilfitri. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini ramai yang gembira menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan kerajaan. Malangnya, saya hanya menerima bayaran sebanyak RM100 sahaja sedangkan masih mempunyai tanggungan.

Saya tidak berpuas hati lalu pergi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bertanyakan tentang perkara ini.

Amat terkejut dan mengecewakan jawapan yang diterima daripada pegawai LHDN bahawa jumlah tersebut diberikan ekoran saya menerima bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM1,600 sebulan.

Saya menerangkan kepada pegawai itu bahawa jumlah yang diterima daripada Perkeso bukanlah bayaran pencen sebaliknya itu adalah bayaran cuti sakit ketika terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.

Saya difahamkan data di dalam sistem LHDN diperoleh daripada Perkeso. Kemudian saya hubungi cawangan Perkeso Seremban dan mereka menafikan perkara itu. Saya ingin membuat rayuan malangnya dimaklumkan pula tempoh untuk kemukakan rayuan telah ditutup pada Julai lalu.

Saya sudah 10 bulan tidak bekerja selepas terlibat dalam kemalangan disebabkan kecederaan dialami. Saya berharap pihak berwajib dapat menilai semula keadaan dan membenarkan saya membuat rayuan bagi menerima bantuan STR lebih banyak.

Saya juga berharap agar setiap data yang diperoleh dari mana-mana jabatan kerajaan tepat agar tidak menyusahkan rakyat lebih-lebih lagi ketika mereka amat memerlukan bantuan kewangan.

Saya juga berharap agar kesilapan seperti ini tidak lagi berlaku kepada sesiapa sahaja disebabkan maklumat dan data yang salah. Saya juga mengharapkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih memahami keperitan hidup rakyat. – UTUSAN

RAKYAT KECEWA
Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya