Cabaran pendidik saham akhirat seorang guru

Cabaran pendidik saham akhirat seorang guru

JADILAH guru yang mendidik seperti anak sendiri dan ikhlas dari hati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Kepada semua yang sudah, sedang dan bakal bergelar guru, sesungguhnya perjuangan dan pengalaman sebagai seorang pendidik itu mahal dan cukup berharga.

Apa pun gelaran yang diberi, tugas kita masih sama, kurikulum tetap sama dan sudah pasti kita berkongsi jiwa yang serupa. Guru merupakan jentera penting dalam dunia pendidikan bagi merealisasikan harapan dan wawasan pendidikan negara yang berkualiti dan ekuiti selaras dengan aspirasi global dan kebangsaan.

Sebagai seorang guru, sudah pasti kita selalu dengar ucapan penghargaan dari murid, “Terima kasih ustazah ajar saya. Seronoklah belajar dengan ustazah. I love you ustazah.” Terima kasih pada hari pertama bergelar guru tidak sama nilai, bunyi dan maknanya dengan ucapan penghargaan pada hari murid kita telah berjaya.

Menjadi seorang pendidik itu sudah pasti tidak mudah. Jiwa kena kental dan mental perlu kuat. Didiklah semua murid dengan penuh sabar kerana kita tidak pernah tahu kesabaran manakah yang akan membuahkan rantaian pahala setelah kita ‘pergi’. Jadikan setiap cabaran dalam dunia pendidikan itu sebagai satu peluang untuk meraih pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

Pada era pendidikan abad ke-21, kita tidak lagi berperanan sebagai penyampai ilmu semata tetapi sebagai pengaktif dan motivator bagi membolehkan murid meneroka ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran itu sendiri.

Setiap sekolah ada cabaran dan peluang tersendiri. Kita akan tahu banyak perkara dan pandai banyak hal dalam kehidupan seharian apabila menjadi seorang guru. Teruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Lagipun guru tidak bekerja dengan mesin tanpa nyawa tetapi mendepani manusia yg mempunyai akal dan emosi. Kesabaran dan kesungguhan tahap tinggi diperlukan untuk mengekalkan semangat dan keceriaan dalam mengajar.

Wahai guru, berbahagialah mendidik kerana kita sedang menghantarkan murid-murid menuju cita-cita mereka. Ingatlah bahawa kita ada pada setiap pencapaian dan kejayaan mereka. Betapa hebatnya seorang guru.

Jadilah guru yang mendidik seperti anak sendiri dan ikhlas dari hati, kelak Allah SWT balas dengan pelbagai rezeki. Wahai Guru, tanam yang baik-baik, pasti tumbuh yang baik-baik. Insya-Allah ini saham akhirat.-UTUSAN

SITI SULHA SANUSI
SK Taman Tun Teja, Rawang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya