Bayar pencen bersara pilihan lebih awal dari 55 ke 50 tahun

Bayar pencen bersara pilihan lebih awal dari 55 ke 50 tahun

BANYAK masalah yang akan dihadapi sekiranya umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan dari 60 ke 65 tahun. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEKARANG ini suka atau tidak suka rakyat Malaysia harus menerima kenyataan perkhidmatan sektor kerajaan semakin menua. Kalaulah cadangan had umur bersara perkhidmatan awam dinaikkan dari 60 tahun sekarang ke 65 tahun, saya rasa tidak wajar.

Jangan kita jadi seperti dialog dalam filem Labu dan Labi, “Pendek kata sebelum tutup mata, kerja, kerja, kerja”

Risiko dan mutu perkhidmatan dari insan yang berumur 65 tahun amat tinggi. Kita jangan harapkan penilaian prestasi kakitangan dalam umur sebegini memuaskan hati rakyat Malaysia.

Dalam umur begini, agak kejam rasanya membiarkan insan sebegini mencurahkan bakti. Kebanyakan mereka ini biasanya akan menghadapi bermacam-macam jenis penyakit.

Andai kata beberapa orang anggota penguat kuasa dalam umur begini mengejar penjenayah, silap-silap haribulan mereka yang akan dikejar balik. Ini kenyataan bukan auta. Umur 65 tahun nak kejar orang, silap silap semput dan terus pengsan.

Dalam pejabat pula mungkin kelihatan janggal kerana kelihatan ramai kakitangan yang bertongkat, kerana nak jalan pun tak larat sudah. Umur sebegini sepatutnya mereka duduk berehat di rumah tanpa dibebankan dengan kerja-kerja mereka.

Ingatan mereka mungkin semakin lemah, mungkin akan terjadi yang disuruh lain yang dibuatnya lain, maklumlah sudah berumurlah katakan.

Apa yang pasti sudah sampai masanya, tenaga muda yang masih ‘segar’ seperti generasi Z diberi tempat dalam perkhidmatan awam. Secara amnya ia merujuk kepada individu yang lahir antara 1997 dan 2012. Tahun ini, generasi Z yang paling tua berusia 26 tahun, manakala paling muda berumur 11 tahun.

Bagi kebanyakan generasi lama, mereka yang lahir dalam kumpulan ini adalah generasi yang lebih mementingkan diri sendiri. Antara yang sering diutarakan adalah generasi ini tidak sekental orang lama apabila menceburi bidang pekerjaan.

Mereka dianggap generasi yang lebih ‘manja’ dan tidak mahu bersusah-susah dalam kehidupan. Semuanya jika boleh, perlu senang seperti membeli-belah secara dalam talian.

Generasi Z juga terlalu bergantung kepada gajet dan media sosial. Urusan harian sama ada cara untuk makan, bergerak dan bekerja, semuanya dilakukan dengan bantuan teknologi. Untuk mendapat berita terkini, mereka tidak lagi menonton televisyen, cukup melayari X, semua maklumat sudah tersedia untuk dibaca.

Dan apa yang pasti, banyak lagi lah masalah yang dihadapi sekiranya umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan sehingga 65 tahun. Saya tahu, kebanyakan kakitangan awam ini sukar melepaskan kerja adalah disebabkan banyak komitmen, ada yang anak masih belajar, hutang rumah dan kereta belum habis. Sebab itu, mereka kalau boleh hendak kerja sehingga umur 65 tahun.

Mungkin juga ada kakitangan kerajaan yang ingin bersara awal, akan tetapi bila memikirkan bayaran pencen bersara awal akan dibayar selepas 55 tahun, ramai yang tak jadi pencen.

Nanti nak kerja apa sementara hendak tunggu bayaran pencen bulanan bermula 55 tahun. Pening kepala jawabnya. Sudah berumur begini kerja jadi jaga dekat sekolahlah jawabnya. Itu pun kalau hendak kerjalah.

Soalan cepumas, kalau bayaran bulanan bersara pilihan dibayar bermula umur 50 tahun boleh tak? Wajar kot sebab sudah separuh daripada umur 100 tahun. Beri peluang kepada generasi Z pula kerja, orang muda ini selalunya banyak idea.-UTUSAN

MAT@ABDULLAH
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya