Bahaya ‘kartun bisu’ dari Switzerland, Korea Selatan - Utusan Malaysia

Bahaya ‘kartun bisu’ dari Switzerland, Korea Selatan

TELEVISYEN adalah antara media massa yang paling berpengaruh dan mampu memberi kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TELEVISYEN dapat menghantar maklumat ke otak dalam bentuk visual dan audio yang kemudian diterjemahkan kepada reaksi penonton selepas menerimanya.

Jika maklumat itu memaparkan aksi agresif dan keganasan, penonton terutama kanak-kanak akan menganggap perilaku sedemikian tidak salah.

Maka terbentuklah satu budaya pemikiran palsu yang menganggap dunia bukan tempat aman dipanggil ‘sindrom dunia jahat.’

Perkara negatif sebegini akan meninggalkan trauma yang mendalam sepanjang proses tumbesaran kanak-kanak.

Oleh itu, televisyen dianggap sebagai salah satu media massa paling berpengaruh dan mampu memberi kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak yang ketagih dengan filem animasi dalam televisyen juga selalu dikaitkan dengan masalah lambat bertutur.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami masalah gangguan pertuturan disebabkan tiada interaksi secara langsung antara televisyen dengan penonton kerana ia bersifat komunikasi satu hala.

Komunikasi jenis ini hanya menyampaikan audio dan visual tanpa meminta tindak balas daripada penuturnya.

Sebagai contoh, animasi kartun seperti Larva dari Korea Selatan dan Pingu dari Switzerland yang mengetengahkan konsep kartun bisu menyampaikan jalan cerita melalui visual tanpa ada dialog bercerita.

Jadi, apabila adegan kartun ini menunjukkan adegan lawak, maka penontonnya akan ketawa sahaja tanpa ada interaksi selanjutnya.

Mengikut statistik penyakit gangguan pertuturan pada 2016, kira-kira 2.8 juta kanak-kanak di Malaysia didapati menghidap masalah gangguan pertuturan.

Dalam pada itu, ramai yang tidak sedar kesan positif menonton siri animasi SpongeBob SquarePants yang mampu menyampaikan nilai-nilai moral dan etika kepada kanak-kanak.

Siri animasi itu menekankan nilai-nilai seperti kejujuran, persahabatan, empati dan integriti dapat membentuk landasan moral yang kukuh bagi kanak-kanak.

Contohnya, watak-watak seperti SpongeBob dan Patrick sering menghadapi situasi yang mengajar nilai seperti kerjasama, persahabatan dan kejujuran.

Apabila kanak-kanak menonton watak-watak ini berinteraksi dan memecahkan masalah, mereka dapat memahami kepentingan berkelakuan baik dan menghormati orang lain.

Dalam banyak kes, siri animasi yang menyampaikan nilai-nilai moral juga memberikan peluang kepada ibu bapa untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka tentang nilai-nilai ini. – UTUSAN

NORAMIRAHDIYANA MOHD. YUSOF dan NUR ATIQ MAISARAH SUHAIMI, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya