Ada sinar buat skuad Harimau Malaya terus mengaum

Ada sinar buat skuad Harimau Malaya terus mengaum

PARA pemain Malaysia bergambar selepas menewaskan Kyrgyztan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

COME back is real untuk Harimau Malaya sememangnya tepat di tangan emas jurulatih Kim Pan Gon dan barisan kejurulatihannya. Kini penyokong dan peminat termasuk saya sukar untuk melupakan kemenangan dirai skuad bola sepak negara itu menentang Kyrgyztan dan Taiwan bagi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, baru-baru ini.

Diulang-ulang tanpa jemu menonton momen setiap jaringan dihasilkan pemain lincah seperti Arif Aiman, Faisal Halim dan Dion Colls di sosial media ketika menentang Kyrgyztan.

Bukan itu sahaja, persembahan dan kebangkitan luar biasa Harimau Malaya selepas ketinggalan 1-3 turut memukau perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kata mereka, belum pernah berlaku dalam bola sepak dunia apabila pasukan underdog seperti Harimau Malaya mampu memintas di saat-saat hampir tamatnya perlawanan.

Kemenangan perlawanan ini pastinya menyuntik moral pemain untuk lebih bertenaga bagi memenangi setiap perlawanan terutama menjelang Piala Asia, Januari tahun depan.

Tentunya dua kemenangan yang dicapai ini akan mengukuhkan lagi kedudukan skuad negara di kumpulan D. Memiliki penyerang lincah serta larian laju semasa menyerang dan dapat mengawal permainan dengan mood yang baik merupakan aset berharga pernah dimiliki pasukan skuad negara sejak di bawah kendalian Pan Gon.

Ia antara salah satu kunci kekuatan serta kelebihan dimiliki pemain Harimau Malaya dan telah nampak sinar di hujung terowong yang Pan Gon pastinya akan merealisasikan sasaran sekurang-kurang untuk memungut 12 mata bagi menjamin ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Jika menjadi kenyataan, satu lagi sejarah tercipta bagi skuad Harimau Malaya seandainya mampu mara layak ke Piala Dunia 2026 dan sekali gus juga layak secara automatik sekali lagi ke Piala Asia 2027 tanpa
play off.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya