Tiada tolak ansur dalam popular sejarah Melayu

Tiada tolak ansur dalam popular sejarah Melayu

REPLIKA kapal Flor de la Mar di Melaka menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque yang menjadi peninggalan sejarah negara sebagai peringatan kepada orang Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA selama ini belajar, membaca dan menonton filem-filem yang selalunya memaparkan tentang kehebatan bangsa Eropah dengan kisah sejarah keagungan empayar-empayar besar seperti Rom, Greek, Perancis, Sepanyol dan Inggeris. Begitu juga kisah-kisah kehebatan Dinasti Qing atau Dinasti Ming di China.

Dengan sejarah sedemikian, bangsa mereka sentiasa mempunyai keberanian dan keyakinan tinggi di samping berasa bangga dengan asal usul masing-masing. Kita secara separa sedar sentiasa menganggap mereka ini bangsa yang hebat.

Sistem pelajaran negara lebih banyak menceritakan tentang kisah bagaimana kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan kolonial Inggeris. Bukan itu sahaja, di sekeliling kita juga terdapat bangunan peninggalan penjajah yang dibiarkan sebagai peringatan kepada orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, dibina pula replika kapal Flor de la Mar yang menjadi saksi pelayaran Afonso de Albuquerque.

Kita secara berterusan diingatkan yang negara pernah dijajah. Jadi, untuk menjadi bangsa yang hebat, anak-anak kita perlu didedahkan dan diberi keyakinan bahawa Melayu adalah bangsa yang juga mempunyai sejarah hebat.

Sejarah penjajahan perlu dipelajari untuk menjadi pengajaran agar tidak berulang walau dalam apa juga bentuk penjajahannya. Tetapi sejarah kehebatan orang Melayu perlu diberikan keutamaan, perlu dipopularkan agar menjadi sebutan dan referensi apabila berkata tentang sejarah Melayu. Bukannya tentang Melaka jatuh di tangan Portugis dan Inggeris semata-mata.

Sejarah kehebatan empayar bangsa Melayu perlu diangkat seperti Empayar Srivijaya, Langkasuka, Gangga Negara dan lain-lain agar anak-anak kita membesar dengan minda yang positif bahawa dalam badan mereka mengalir darah bangsa Melayu yang hebat di Nusantara dan setanding dengan mana-mana bangsa di bumi ini.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya