Sampai trauma naik bas sebab penuh warga asing

Sampai trauma naik bas sebab penuh warga asing

ORANG ramai terutama wanita mula tidak selesa apabila terpaksa duduk bersebelahan warga asing di dalam bas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo banyak menerbitkan laporan berkaitan lambakan warga asing bermaharajalela di negara ini terutama di ibu kota.

Golongan ini bukan sahaja bekerja di sektor 3D (kotor, bahaya, sukar) tetapi ada dalam kalangan mereka sudah menjadi tauke dan menggaji pula rakyat tempatan. Lebih buatkan orang ramai terkilan adalah warga asing ini turut menikmati barangan bersubsidi yang diperuntukkan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Antara laporan yang diterbitkan menyoalkan tindakan pelik kerajaan masih menganggap kebanjiran warga asing sebagai perkara biasa sedangkan rakyat sudah muak dengan golongan ini yang menguasai ekonomi selain turut menerima kelebihan diberikan kepada rakyat tempatan yang susah.

Justeru, saya mencadangkan semua warga asing yang masuk ke negara ini perlu keluar apabila tamat tempoh.

Untuk memastikan ia berlaku dengan jayanya memang memerlukan kerjasama daripada Jabatan Imigresen untuk mengawal setiap pintu sempadan negara. Ini kerana merekalah pemegang rekod awal kemasukan warga asing.

Yang terjadi sekarang, warga asing ini masuk tapi tak keluar-keluar sehingga bermastautin dengan bahagia di kediaman masing-masing selain dapat berkerja dan mengumpul kekayaan. Lebih mengecewakan, mereka secara terbuka membeli setiap barangan dengan harga subsidi.

Saya berulang-alik sebanyak dua atau tiga kali sebulan ke Terengganu. Saya melihat sendiri kebanjiran mereka di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan dan stesen Majlis Bandaraya Kuala  Terengganu (MBKT). Melihat kepada bilangan mereka ini, seolah-olah ada migrasi secara laluan bas khusus melibatkan warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Sebagai wanita, saya beberapa kali meminta untuk menukar tempat duduk apabila diberikan kerusi bersebelahan dengan mereka atas faktor keselamatan.

Soalnya, sampai bila pihak berkuasa mahu bertindak secara total akan hal ini tanpa perlu melibatkan aduan terlebih dahulu sebelum tangkap?-UTUSAN

WARGA TERHIMPIT KOTA
Bangi, selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya