Remaja ponteng sekolah sebab stres - Utusan Malaysia

Remaja ponteng sekolah sebab stres

SEBAHAGIAN keresahan berpunca kepada stres, namun ia juga boleh berlaku walaupun tiada punca stres sebenar. – UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 10 Oktober ini, kita akan menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang memberi penekanan mengenai perlunya mengawal stres dan keresahan, iaitu dua penyakit yang berkait rapat.

Stres berlaku kerana terdapat tekanan berlebihan pada otak dan badan dan ia boleh disebabkan oleh aktiviti atau situasi yang menyebabkan penghidap berasa resah sama seperti gejala keresahan.

Penyakit keresahan pula adalah salah satu penyakit emosi yang sering berlaku dan boleh dihidapi sesiapa sahaja tidak mengira jantina, kaum dan umur. Banyak kajian dijalankan dan terbukti wanita lebih kerap menghidap penyakit ini berbanding lelaki.

Sebahagian keresahan berpunca kepada stres, namun ia juga boleh berlaku walaupun tiada punca stres sebenar.

Kedua-dua keresahan dan stres boleh menyebabkan gejala-gejala fizikal dan mental seperti sakit kepala, susah menumpukan perhatian, senang marah, tidak boleh duduk diam dan sukar tidur.

Remaja mempunyai banyak sebab untuk berasa resah. Peperiksaan, persekolahan, keluarga yang menaruh harapan tinggi serta pengaruh rakan sebaya adalah punca utama keresahan.

Namun jika ia berpanjangan, remaja ini mungkin akan mengalami penyakit keresahan. Remaja yang keresahan juga cenderung melakukan perbuatan tidak elok seperti ponteng sekolah dan mengambil dadah.

Apakah cara terbaik untuk menolong remaja yang mengalami gejala-gejala seperti ini? Ya, stres boleh dikawal. Ia boleh dikawal secara sendiri ataupun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan sebaya yang positif.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkannya segera dengan mengamalkan pelbagai kaedah termasuk bersikap tenang.

Dengan bertenang, ia boleh membantu mengurangkan kitaran tekanan negatif pada peringkat awal. Selain itu, istirahatlah sambil mendengar muzik.

Muzik dapat membantu menurunkan degup jantung. Tubuh kita akan mulai relaks dan pernafasan kembali normal. Itu akan membuat kita berasa tenang. – UTUSAN

FARAH ADEENA ISMAIL, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya