PRU16: PH-BN boleh hilang lebih banyak kerusi - Utusan Malaysia

PRU16: PH-BN boleh hilang lebih banyak kerusi

KERAJAAN ketika era kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng (kanan) telah melakukan beberapa kesilapan yang mengecewakan orang Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT pelbagai punca tercetusnya gelombang hijau yang menyaksikan ramai pengundi Melayu beralih menyokong Perikatan Nasional (PN).

Antaranya, mereka muak dengan tahap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemimpin UMNO. Ini adalah satu aspek positif dalam gelombang politik.

Sebab lain, pengundi Melayu tidak lagi percaya PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) boleh menjaga ‘kepentingan’ mereka.

Ini selepas pengalaman sepanjang tempoh dari Mei 2018 hingga Februari 2020 kerana beberapa langkah diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu telah menjejaskan kepentingan masyarakat Melayu.

Walaupun PH menang majoriti mudah pada masa itu dengan 113 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi kerajaan Dr. Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah melakukan beberapa kesilapan yang mengecewakan dan menakutkan masyarakat Melayu.

Oleh itu, PH sekarang ditolak oleh pengundi Melayu. Satu lagi sebab ialah pengundi Melayu berasa lebih yakin terhadap PN yang dianggotai oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana ia sebuah gabungan parti-parti nasionalis dan Islam.

Oleh itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan yang diterajuinya mesti membuktikan secara jelas bahawa ia sanggup melaksanakan polisi dan program untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang banyak dalam kalangan orang Melayu.

Jika tidak, PH-Barisan Nasional (BN) akan hilang lebih banyak kerusi kepada PN dalam PRU16.

Malangnya PH telah memegang kepada pendirian bahawa program-program untuk membantu rakyat B40 terpaksa ditangguhkan sehingga defisit negara diturunkan kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). – UTUSAN

DR. JEYAKUMAR DEVARAJ, Bekas Ahli Parlimen Sungai Siput

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya