PRK Pelangai cabaran kembalikan maruah UMNO - Utusan Malaysia

PRK Pelangai cabaran kembalikan maruah UMNO

JENTERA UMNO perlu berganding bahu dengan jentera PH bagi memastikan kemenangan lebih mudah dicapai pada PRK DUN Pelangai. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada Sabtu ini adalah medan ujian buat UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu yang dilihat kian dicabar oleh Perikatan Nasional (PN).

Memandangkan 70 peratus pengundi berdaftar di situ ialah orang Melayu, kita akan dapat melihat adakah kaum itu akan terus memangkah calon UMNO atau beralih kepada PN.

Justeru, UMNO Negeri Pahang perlu menggerakkan jentera dengan penuh bersemangat dan sentiasa menyantuni penduduk DUN Pelangai bagi menjelaskan komitmen parti untuk terus bersama berjuang membela nasib Melayu.

Langkah untuk menoktahkan kemaraan gelombang hijau perlu diikat rapi dengan memastikan seluruh akar umbi bangkit mempertahankan maruah UMNO yang cuba diganggu-gugat oleh anasir dalaman dan luaran.

Untuk itu, jentera penerangan dan pimpinan UMNO perlu turun memberikan informasi berkaitan dasar kerajaan dan juga menangkis serangan agama, raja dan kaum (3R) yang mampu menghalang kemaraan seteru politik.

Kempen berhemah dan pendekatan khidmat untuk rakyat perlu dipergiatkan ke seluruh pelusuk DUN Pelangai bagi memastikan setiap manifesto untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat disampaikan dengan baik.

Usaha juga perlu dibuat untuk memastikan ahli-ahli akar umbi UMNO sentiasa meletakkan kepentingan parti melebihi kehendak peribadi sesetengah individu yang mungkin mahu melihat UMNO kalah di dalam PRK kali ini.

Selain itu, kempen piihan raya kali ini memerlukan setiap ahli dan jentera UMNO berganding bahu dengan jentera Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan lebih mudah dicapai. – UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya