Persatuan pengguna jangan bermusuh dengan pemimpin politik - Utusan Malaysia

Persatuan pengguna jangan bermusuh dengan pemimpin politik

KERJASAMA antara persatuan pengguna dengan pemimpin politik dapat menambah baik perkhidmatan syarikat milik kerajaan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU pengguna bukan hanya melibatkan jual beli tetapi termasuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa buah jabatan atau agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

Ramai yang terlepas pandang perkara ini sehingga menyebabkan penyampaian perkhidmatan tidak dapat dilakukan dengan berkesan ekoran tiada aduan oleh pengguna. Ini termasuk melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC).

Malah, ada dalam kalangan persatuan pengguna sendiri yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Justeru, perlu diambil maklum bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Pendidikan mahupun pejabat-pejabat daerah mempunyai tanggungjawab terhadap pengguna.

Untuk menilai mutu perkhidmatan-perkhidmatan itu, pemimpin pengguna mestilah mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan struktur kerajaan termasuk dalam hal berkaitan tugas, fungsi serta tanggungjawab pegawai dan kakitangannya.

Ini bagi memastikan aduan terhadap agensi-agensi tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya dari pegawai-pegawai kerajaan. Dalam memikul tugas dan melaksanakan aktiviti, sudah pasti persatuan pengguna akan berdepan pemimpin-pemimpin kerajaan yang terdiri dalam kalangan orang politik.

Gunakan peluang ini untuk mengemukakan cadangan bagi menambah baik perkhidmatan, bukannya ‘mencipta’ musuh. Malah, mereka juga tidak perlu terlibat dengan pandangan politik yang boleh mengundang permusuhan.

Oleh yang demikian pada dasarnya hubungan antara persatuan pengguna dan kerajaan seharusnya berdasarkan perasaan saling hormat-menghormati dan bekerjasama untuk faedah negara. – UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya