Peranan PMKS semak dan imbang ekonomi negara

Peranan PMKS semak dan imbang ekonomi negara

MEKANISME semak dan imbang yang spesifik dan fokus kepada penjanaan ekonomi PMKS adalah sebahagian agenda Malaysia supaya kerajaan dengan tadbir urus baik dapat menjalin usahasama dengan rakyat (public private partnership) demi melaksanakan perancangan Kabinet Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LIGA Muslim Malaysia dan Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang menyokong pembentangan Belanjawan 2024 dengan jumlah tertinggi RM393.8 bilion bagi pembangunan ekonomi negara dalam menangani kemelesatan ekonomi global.

Pertama, peruntukan RM100 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu rakyat. Ia bukan sahaja peluang kepada NGO menyalurkan bantuan, malah satu pengiktirafan seperti Liga Muslim yang memberi khidmat masyarakat selama 70 tahun kepada golongan miskin tegar.

Kedua, RM200 juta untuk program Payung Rahmah dan RM10 bilion bantuan tunai Rahmah disokong berdasarkan keperluan terdesak rakyat terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar di negara ini dan dunia.

Ketiga, peruntukan RM44 billion untuk PMKS perusahaan mikro, kecil dan sederhana dialukan kerana kami berpendapat masyarakat Muslim bumiputera memerlukan dana supaya pembangunan ekonomi seimbang dapat dicapai bersama kaum-kaum lain.

Disamping itu, akses kepada dana juga memberi peluang kepada bumiputera menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Ini akan meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat seterusnya menjana kecairan dalam ekonomi.

Keempat, kami juga menyokong pinjaman kerajaan dengan peruntukan RM500 juta bagi pembangunan tanah wakaf. Dengan keahlian terdiri daripada ahli korporat dan ahli perniagaan, ia dapat mengoptimumkan pulangan kepada masyarakat Muslim dalam golongan miskin tegar.

Liga Muslim mengharapkan penglibatan NGO dalam jawatankuasa pemantauan ekonomi memandangkan PMKS menjadi tulang belakang kepada ekonomi di mana-mana negara sekali pun.

Oleh itu, kerajaan bukan hanya bergantung pada kajian separuh penggal tetapi perlu menyediakan mekanisme kawalan dan pemantauan bukan sahaja daripada ahli politik atau pegawai kerajaan tetapi juga perlu melibatkan NGO supaya pembangunan ekonomi kekal mengikut trajektori perancangan belanjawan dan tidak berlaku sebarang ketirisan.

Mekanisme semak dan imbang yang spesifik dan fokus kepada penjanaan ekonomi PMKS adalah sebahagian agenda Malaysia supaya kerajaan dengan tadbir urus baik dapat menjalin usahasama dengan rakyat (public private partnership) demi melaksanakan perancangan Kabinet Perdana Menteri.-UTUSAN

DATUK NAJMUDEEN KADER
Presiden Liga Muslim Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya