Penting untuk kerajaan tangkis berita palsu

Penting untuk kerajaan tangkis berita palsu

PORTAL SEBENARNYA.MY yang dilancarkan sejak Mac 2017 membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kerajaan perpaduan mentadbir negara, kita dapat menyaksikan pelbagai reaksi daripada rakyat terutama orang Melayu, antaranya berkaitan peningkatan harga barang.

Bagi menjawab isu-isu seperti ini, kerajaan memberi fakta seperti inflasi turun kepada dua peratus pada Julai lalu (berbanding 3% pada 2022) yang merupakan kadar terendah untuk tahun ini. Juga kebanyakan harga barangan turun serta mudah didapati berbanding di bawah kerajaan terdahulu. Bagaimanapun, ramai juga mengeluh kadar inflasi pada Julai itu tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Memang harga barangan kawalan lebih mudah didapati dan lebih murah tetapi selalunya hanya di pasar raya besar, pasar mini di bandar. Najun, di kampung dan tempat lebih terpencil (bukan semua), ada barangan kawalan dijual lebih daripada harga siling. Alasan mereka, pemborong atau pengedar menjual pada harga lebih mahal.

Mungkin banyak pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) di bandar-bandar besar berbanding kedai runcit di kampung. Ini mungkin penyebab peniaga kecil di kampung berani kerana kurang pemeriksaan dan pemantauan pihak berkuasa.

Bahkan ada penyebaran maklumat tidak tepat seperti gambar paket gula premium tetapi dikatakan gula biasa dengan harga gula premium. Atau gambar beras tempatan dikatakan dijual pada harga beras import.

Penyebaran maklumat-maklumat palsu seperti ini mestilah dipantau dan diambil tindakan oleh pihak-pihak berwajib seperti KPDN, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan sebagainya untuk mengelakkan sentimen-sentimen negatif yang hanya berdasarkan maklumat-maklumat palsu dan tidak tepat.

Oleh itu, untuk kebaikan semua, KPDN perlu mengambil tindakan segera memastikan menteri mendapat maklumat yang benar tentang harga, jumlah stok, kualiti dan semua berkaitan dengan barangan asas dan barangan utama. Selain itu, adakan lebih banyak pemantauan di kedai runcit dan di kawasan pekan kecil dan kampung.

Laporan mestilah berdasarkan keadaan sebenar di lapangan tanpa perlu menjaga perasaan atau membodek sesiapa bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. Seterusnya, laporan sama mestilah dhantar kepada menteri dan timbalan menteri. Sebaiknya, laporan tersebut terus disampaikan dalam mesyuarat melibatkan semua pihak berkaitan.

Sebagai rakyat, kita mestilah memastikan apa jua maklumat adalah sahih. Kita boleh dapatkan kesahihan sesuatu berita melalui laman SEBENARNYA.MY.-UTUSAN

DR. HASROLEFFENDY HASSAN
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Cawangan Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya