Pengurusan haji perlu ditambah baik - Utusan Malaysia

Pengurusan haji perlu ditambah baik

JEMAAH haji datang ke Mina, Arab Saudi untuk melakukan rukun melontar di tiga jamrah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bersyukur kerana terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini secara muassasah bersama isteri dengan bayaran penuh walaupun layak menerima subsidi daripada kerajaan.

Hal ini bagi memberikan sokongan dalam melaksanakan konsep istitoah, iaitu mengutamakan golongan yang mempunyai kemampuan dari sudut kewangan untuk menunaikan haji berbanding golongan tidak mempunyai kemampuan kewangan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas haji yang membantu kami para jemaah menyempurnakan urusan haji pada tahun ini.

Cuma saya mendapati ada beberapa aspek perlu ditambah baik terutama melibatkan penempatan di Mina yang saya difahamkan adalah masalah biasa pada setiap tahun.

Ketika kami para jemaah haji bermalam di Mina, masalah yang berlaku adalah ramai jemaah tidak mendapat tempat untuk duduk di Mina.

Paling menyedihkan apabila melihat warga emas terpaksa duduk bersesak-sesak dalam keadaan amat tidak selesa.

Hal ini menyebabkan sebahagian daripada jemaah membuat keputusan untuk balik ke Mekah dan berulang-alik melontar dengan kos sendiri.

Langkah ini dibuat setelah kami para jemaah berbincang hal berkaitan hukum haji berdasarkan pembacaan dan rujukan. Terdapat banyak pandangan yang memberikan keringanan kepada jemaah untuk menunaikan haji.

Bahkan negara-negara lain yang ditemui ketika melontar, mereka hanya duduk sebentar di Mina sebelum subuh dan menginap di kawasan berdekatan Mina. Perkara lain perlu ditambah baik adalah dari aspek kemudahan tandas serta makanan tidak cukup.

Hal ini cukup menyedihkan apabila para jemaah hanya mendapat makanan lewat petang dan menu disajikan hanya nasi putih dan telur rebus tanpa sebarang kuah.

Selain itu, saya berpendapat aspek keselamatan di hotel perlu ditingkatkan terutama bagi memastikan jemaah haji warga emas benar-benar selamat. – UTUSAN

HAJI ISMAIL QASIM ARAFAT, Jemaah haji 2023

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya