Pekerja asing sudah mengatasi jumlah kaum India - Utusan Malaysia

Pekerja asing sudah mengatasi jumlah kaum India

JIKA dilihat sejak akhir-akhir ini memang dapat dirasakan peningkatan kehadiran pekerja asing di negara ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 19 Oktober lalu; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud mengakui terdapat lambakan pekerja asing seramai 2.7 juta orang di dalam negara secara fizikal.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu sidang media menjelaskan terdapat 1.7 juta pekerja asing telah diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan sehingga bulan ini seramai 667,418 pekerja asing telah memasuki Malaysia.

Bilangan 2.7 juta pekerja asing ini telah melepasi had siling 2.4 juta orang pekerja asing atau 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Lambakan ini terjadi ekoran Pelan Kelonggaran Pekerja Asing (RTK 2.0) yang berjalan secara serentak. Peningkatan bilangan pekerja asing ini dilihat agak drastik daripada 1.4 juta pekerja asing pada Disember 2022.

Jika dilihat sejak akhir-akhir ini memang dapat dirasakan peningkatan kehadiran pekerja asing di bandar-bandar utama seluruh Semenanjung Malaysia termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Tidak mustahil jumlah warga asing di negara ini telah mengatasi penduduk Malaysia berketurunan India yang berjumlah dua juta orang.

Ada kebarangkalian jumlah 2.7 juta pekerja asing ini boleh bertambah lagi kerana sebanyak 1.14 juta kuota penggajian pekerja asing telah diluluskan setakat 18 Mac lalu manakala lebih 700,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftarkan diri untuk program RTK 2.0.

Lambakan pekerja asing yang boleh dibayar dengan gaji rendah dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan merencatkan usaha ke arah peralihan kepada automasi dan robotik bagi mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

Kemasukan pekerja asing tambahan wajar ditunda terlebih dahulu untuk mengelak berlakunya lambakan luar biasa pekerja asing di negara kita. – UTUSAN

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya