Media Mulia hargai sokongan Puan Asmaeyah

Media Mulia hargai sokongan Puan Asmaeyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALAM PUAN ASMAEYAH,

TERIMA kasih kerana meluangkan masa untuk menulis dan menghantar surat terus kepada saya. Saya sangat-sangat menghargai masa yang diambil untuk berkongsi pandangan puan. Ketika ini memang budaya membaca semakin terhakis, sesuatu yang harus difikirkan ketika kita mahu membina anak bangsa yang berpengetahuan.

Seperti puan, saya juga tidak ada akaun Facebook, Twitter (kini X) dan TikTok. Agak aneh walaupun syarikat ini mempunyai lebih lima juta pengikut di media sosial. Saya juga tidak ada aplikasi untuk menempah makanan.

Bagi pihak syarikat, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana sokongan terutama menyediakan wang secukupnya untuk membeli Utusan Malaysia dan kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk semua pembaca.

Selepas semua tugasan sebagai pengarang kumpulan selesai, saya seperti suami puan akan memilih telefon murah dan hidup dalam dunia lebih tenang. Sekali lagi terima kasih daripada kami di Utusan Malaysia. Semoga Tuhan memberkati puan dan keluarga.-UTUSAN

MOHAMAD AZLAN JAAFAR
Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya