Lulus segera RUU GEG kerana keadaan semakin parah - Utusan Malaysia

Lulus segera RUU GEG kerana keadaan semakin parah

INDIVIDU yang menghisap vape di tempat awam terutama di kawasan larangan boleh diberikan notis jika cecair vape digunakan mengandungi tembakau. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI kita tahu, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) yang ditarik balik pembentangannya sebelum ini akan dibentang semula di Parlimen pada hujung November ini.

Oleh itu, Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) menggesa kerajaan meluluskan RUU berkenaan.

Ini kerana sebarang tindakan melengahkannya akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan nyata.

Remaja semakin terjerumus ke dalam kancah penggunaan vape yang diuar-uarkan oleh golongan tertentu sebagai sumber ekonomi baharu untuk negara di samping sebagai kaedah berhenti merokok.

Kami dengan tegas mencela tindakan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dan berselindung di sebalik kuasa legislatif dimandatkan kepada mereka.

Sebenarnya tiada kajian kukuh terhadap penggunaan vape sebagai terapi berhenti merokok.

Namun, apa yang dibawa oleh penyakit berkaitan vape seperti e-cigarette or vaping product use-associated lung injury (EVALI) adalah lebih tinggi daripada potensi keuntungan dibawa industri itu.

Kajian Tinjauan Kesihatan Remaja baru-baru ini menunjukkan penggunaan vape dalam kalangan remaja semakin meningkat.

Kajian-kajian global juga membuktikan remaja menggunakannya kerana sifat ingin tahu, sebagai gaya hidup dan perasa yang menarik minat mereka.

Terdapat kes remaja mencampurkan vape dengan cecair mengkhayalkan seperti psilocybin dan juga meletakkan tar jalan raya yang ditumbuk halus di dalam cecair vape.

Kes-kes seperti ini amat merisaukan kerana campuran dadah halusinogen bukan sahaja memberikan risiko kesihatan yang serius seperti keracunan akut dan ketagihan, malah boleh meningkatkan risiko masalah sosial seperti kes rogol di bawah pengaruh dadah. – UTUSAN

DR. NOR HAZLIN TALIB, Presiden Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya