Lebih mudah untuk menjadi usahawan angkasa

Lebih mudah untuk menjadi usahawan angkasa

KEUSAHAWANAN angkasa merujuk kepada pembangunan pelbagai produk berasaskan data-data satelit untuk kegunaan kerajaan dan pihak industri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI yang kita tahu sejak 60 tahun lalu, penerokaan angkasa lepas adalah mahal, berisiko tinggi dan pemain utamanya ialah kerajaan.

Trend ini telah berubah sekarang, kerana penerokaan angkasa lepas menjadi lebih murah, kurang berisiko dan syarikat pemula atau keusahawanan angkasa mulai menjadi elemen penting dalam memacu perkembangan industri angkasa dunia.

Pembangunan teknologi angkasa yang pesat membolehkan satelit yang besar menjadi kecil dan konsep guna semula roket pelancar menjadi trend terkini. Malah, beratus satelit kecil dapat dihasilkan menerusi kaedah pengeluaran besar-besaran dan dilancarkan secara serentak ke angkasa lepas.

Ini menjadikan kos penerokaan ke angkasa lepas menjadi lebih murah dan mampu milik walaupun oleh syarikat pemula tempatan. Fenomena ini membuka peluang kepada pembangunan model perniagaan baharu iaitu keusahawanan angkasa yang dahulunya mustahil kerana kos permulaan penerokaan angkasa yang amat tinggi.

Keusahawanan angkasa merujuk kepada pembangunan pelbagai produk berasaskan data-data satelit untuk kegunaan kerajaan dan pihak industri.

Keusahawanan angkasa harus dilihat sebagai sektor yang mampu menjana kekayaan untuk kemakmuran masyarakat Malaysia. Ini dibuktikan dengan perkembangan ekonomi angkasa global yang dijangka mencecah AS$1 trilion pada 2030.

Sudah pasti kerajaan Malaysia mahu memastikan syarikat pemula negara juga mampu mendapat bahagian kek ekonomi tersebut. Antara langkah yang telah diambil kerajaan adalah mewartakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 pada awal tahun lalu.

Langkah itu bertujuan mewujudkan ekosistem kondusif untuk membolehkan sektor keusahawanan angkasa berkembang di Malaysia.

Akta ini akan memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat, terjamin serta mematuhi segala peraturan dan piawaian yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.-UTUSAN

MHD. FAIROS ASILLAM
Bahagian Penguasa Angkasa (BPA),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya