Kurangkan harga rumah bawah RM100,000

Kurangkan harga rumah bawah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAMBUTAN Hari Habitat adalah satu acara peringkat global yang dianjurkan oleh semua negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan membangunkan petempatan manusia yang selesa dan kondusif.

Ia disambut pada hari Isnin pertama dalam bulan Oktober setiap tahun. Hari Habitat 2023 adalah sambutan pertama selepas pentadbiran negara kita diambil alih oleh ikon reformis, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjanjikan satu sistem perumahan yang adil untuk negara ini.

Maka, persoalan utama di sini adakah pentadbiran beliau di bawah kerajaan perpaduan berjaya membawa obor perubahan terhadap sistem perumahan negara atau sebaliknya. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan perpaduan kita?

Harga rumah melambung tinggi tahun ini. Adakah kerajaan perpaduan mengikut rentak pemaju yang menganggap rumah sebagai komoditi untuk dijual ataupun melihat perumahan itu sebagai suatu hak rakyat?

Anwar sendiri mengakui bahawa syarat yang ditetapkan kepada pemaju swasta untuk membina sekurang-kurangnya 30% rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan tidak mengikut jadual dan skala yang ditetapkan. Namun, tiada sebarang usaha konkrit untuk menyelesaikan isu ini.

Salah satu janji manifesto parti gabungan yang menyokong Anwar ialah kerajaan akan mengambil alih penyelenggaraan rumah flat kos rendah jika menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan janji ini?

Masalah perumahan negara tidak menun­jukkan tanda-tanda penye­lesaian walaupun kerajaan baharu yang reformis telah mengambil alih pentadbiran negara.

Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar masih tidak menganggap perumahan sebagai satu keperluan asasi rakyat dan tiada satu tindakan konkrit untuk memperbaiki kelemahan sistem tersebut.

Oleh itu kerajaan dituntut untuk memberikan perhatian serius terhadap cadangan-cadangan berikut. Pertama, kurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus kepada tiga peratus pada tahun ini telah memberi kesan kepada peminjam perumahan terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) walaupun dinafikan oleh pihak perbankan.

Anwar pula berkata bahawa kenaikan OPR akan menyebabkan rakyat berjimat. Tetapi adakah kerajaan sedar bahawa kenaikan OPR ini menyebabkan bayaran balik pinjaman perumahan meningkat dan memberi kesan yang teruk kepada B40 yang mengharapkan gaji minimum untuk kelangsungan kehidupan harian mereka? Inikan pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan ketiadaan kenaikan gaji minimum.

Kedua, kurangkan harga rumah ke paras di bawah RM100,000 sebuah. Ini kerana kenaikan harga rumah selepas pandemik Covid-19 adalah satu tindakan spekulasi oleh kaum pemodal yang mendapat restu kerajaan.

Malangnya, kerajaan masa kini juga menari pada rentak yang sama, amat propemaju dan tidak meletakkan kawalan untuk membantu dalam mengawal kenaikan ini.

Oleh itu, kerajaan harus menyediakan sendiri rumah pertama rakyat dengan harga subsidi di bawah RM100,000 sebuah. Rakyat B40 dengan gaji minimum tidak mampu untuk membeli rumah biasa yang baharu dibina.

Dicadangkan juga agar kerajaan membina 200 rumah di setiap kawasan Parlimen di Malaysia dan menyewakannya di bawah skim perumahan mampu sewa/sewa beli untuk membolehkan masyarakat yang paling terpinggir juga mampu hidup berbumbung dengan kadar sewa yang paling minimum.

Setiap rakyat berhak mempunyai bumbung di atas kepala. Perumahan ialah hak asasi rakyat.-UTUSAN

KARTHIGES RAJAMANICKAM
Penyelaras Gabungan Marhaen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya