Kita ada peluang menang tapi dipersiakan oleh pemain longlai

Kita ada peluang menang tapi dipersiakan oleh pemain longlai

PEMAIN Tajikistan meraikan kemenangan selepas menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERGERAKAN pemain bola sepak negara seperti Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang dirantai kemas oleh barisan pertahanan lawan serta ketangkasan penjaga gol menyukarkan pintu gawang gol Tajikistan dibolosi dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 dihadapan penyokong sendiri di Stadium Nasional, 17 Oktober lalu.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sudah merencanakan taktikal terbaik pada perlawanan akhir itu, namun beberapa peluang terhidang gagal disusuli tindakan penyudah yang tepat menuju ke dalam gawang gol Tajikistan. Aksi longlai dipamerkan benteng pertahanan negara dihukum akibat kecuaian dan kesilapan pemain yang agak jauh naik ke atas meninggalkan posisinya.

Peluang itu tidak disia-siakan oleh pemain Tajikistan lalu disudahkan dengan sempurna sekali gus merentap semangat juang anakanak buah Pan Gon untuk bermain lebih yakin.

Bukanlah dikatakan pemain negara tidak beraksi dengan baik, cuma mungkin agaknya bukan lagi malam gemilang buat Harimau Malaya. Meskipun kalah tetapi tetap bermaruah kerana pemain sudah sehabis mencuba tetapi tiang atau palang gol Tajikistan menjadi penyelamat yang menafikan peluang Harimau Malaya untuk menang. Jika dilihat corak permainan Harimau Malaya, cukup menghiburkan, tampak laju menyerang berbanding semasa aksi bertemu India.

Cuma sedikit terkilan adalah persembahan benteng pertahanan Syihan Azmi dan Dominic Tan yang didapati cuai dan kerap kali hilang fokus. Begitu juga Safawi Rashid sudah boleh menggantung but kerana permainannya ternyata semakin merosot.

Sementelah kelincahan Arif Aiman Hanapi yang sebelum ini mendapat pujian peminat bola sepak hanya kelihatan gah di kejohanan liga domestik dan terbukti kelibatnya di atas padang sewaktu bertemu Syria dan sekali lagi pada perlawanan ini mengulangi aksi sama, gemar memegang bola terlalu lama dan kerap kali kehilangan bola. Sementara Dareen Lok pula yang diharapkan Pan Gon juga masih tiada idea dan kreativiti untuk mencipta gol ketika peluang menjelma di depan mata.

Bagaimanapun, Pan Gon masih mempunyai masa untuk memantapkan lagi barisan kesebelasan utamanya bagi menghadapi prakelayakan Piala Dunia yang bermula hujung November ini secara timbal balik.

Barangkali daripada 23 senarai pemain yang bersama di dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka, akan ada beberapa pemain yang disingkirkan.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya