Kecewa UiTM hanya beri buku konvokesyen digital - Utusan Malaysia

Kecewa UiTM hanya beri buku konvokesyen digital

KONVOKESYEN adalah majlis bersejarah yang dinantikan oleh graduan yang tamat belajar di universiti. – GAMBAR HIASAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONVOKESYEN adalah majlis bersejarah yang dinantikan oleh graduan yang tamat belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Selesai sahaja konvokesyen, pelajar akan diberikan buku cenderamata yang di dalamnya mempunyai senarai pelajar yang menerima ijazah dan maklumat lain yang bersangkutan dengan tempat graduan itu belajar.

Saya yang bergraduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa tahun dahulu ada menerima buku cenderamata konvokesyen dan bagi saya buku itu sangat penting dan boleh dikatakan kedua penting selepas sekeping ijazah.

Tetapi, hal sebaliknya berlaku terhadap anak saya yang menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, baru-baru ini.

Dia tidak diberikan buku cenderamata konvokesyen secara fizikal sebaliknya diminta memuat turun daripada laman sesawang UiTM.

Sehingga sekarang, saya tidak berbuat apa-apa kerana agak menyusahkan untuk mencetaknya sendiri berbanding diberi semasa hari konvokesyen.

Timbul persoalan, mengapa pihak UITM tidak mencetak buku cenderamata konvokesyen 2023 untuk tatapan pelajar dan ibu bapa? Adakah UiTM mempunyai masalah kewangan sehingga tidak lagi menerbitkan buku terbabit secara bercetak?

Hanya pihak UiTM yang boleh menjawab dan tahu perkara yang sebenarnya. Ibu bapa boleh mencetaknya, tetapi bukankah pelajar membayar yuran pengajian yang secara automatiknya kos buku cenderamata konvokesyen ditanggung oleh pihak universiti.

Lagipun, buku cenderamata konvokesyen yang dicetak universiti lebih bermutu, dijilid menjadi sebuah buku dan mempunyai pelbagai maklumat berbanding dengan helaian kertas yang dicetak sendiri.

Saya yang menghadiri majlis konvokesyen anak berasa amat bangga dengan pencapaian UITM Shah Alam hingga ke peringkat antarabangsa, perjalanan majlis yang teratur, ramai graduan Melayu yang mendapat anugerah diraja, dekan dan kelas pertama.

Namun, saya terkilan tiada buku cenderamata konvokesyen yang diberikan untuk ditatap dan menjadi bahan bagi dikenang sepertimana majlis konvokesyen sebelumnya. – UTUSAN

BAPA GRADUAN KELAS PERTAMA
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya