Kecewa syarikat utiliti guna harta anak yatim

Kecewa syarikat utiliti guna harta anak yatim

BOLEHKAH waris menuntut nilai wang jika pemilik kad Touch ‘n Go meninggal dunia?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYARIKAT utiliti seperti pembekal tenaga elektrik, air dan telekomunikasi kebiasaannya meminta pelanggan membayar dahulu wang cagaran atau deposit sebelum menyediakan perkhidmatan. Wang deposit ini disimpan atau dipegang oleh syarikat terbabit.

Ini bermakna wang pengguna telah digunakan oleh penyedia perkhidmatan sebagai sebahagian daripada modal perniagaan mereka. Jika ini berlaku, pengguna berhak menerima sebahagian keuntungan perniagaan tersebut.

Sebagaimana pihak bank memberikan kadar keuntungan kepada pendeposit yang menyimpan wang mereka kerana duit tersebut diniagakan oleh pihak bank.

Terpulanglah kepada syarikat utiliti tersebut dalam bentuk apa keuntungan tersebut akan diberi, umpamanya dalam bentuk dividen, bonus atau rebat bil.

Dalam pada itu, paling mendukacitakan adalah sekiranya berlaku kematian pendeposit tersebut. Wang deposit itu menjadi milik siapa? Apatah lagi sekiranya si mati tidak mempunyai waris. Sudah tentu wang itu terus digunakan atau disimpan oleh syarikat utiliti berkenaan.

Timbul persoalan apakah hukumnya syarikat utiliti tersebut terus menggunakan wang berkenaan dan jika keuntungan diperoleh oleh syarikat itu bagaimana pula keadaannya?

Jangan dianggap remeh isu ini, walaupun hanya RM10 jumlah deposit tersebut. Ini kerana syarikat tetap menggunakan wang hak orang lain dan tambahan pula sekiranya terdapat keuntungan. Tanpa disedari, syarikat berkenaan telah mengambil untung dari wang yang syubhah (ada kesamaran).

Cuba bayangkan syarikat berkenaan telah menggunakan sistem ini berpuluh tahun yang lepas. Berapa ramai pendeposit yang telah meninggal dan berapa pula jumlah wang deposit terus digunakan?

Selain itu, bagaimana pula dengan kad Touch ‘n Go yang digunakan untuk membayar tol lebuh raya? Kebanyakan pengguna telah mendepositkan wang ke dalam kad tersebut. Ada dalam kalangan pengguna telah menambah nilai yang banyak jumlahnya. Puluhan atau ratusan ringgit itu biasa.

Isunya jika berlaku kematian pemegang kad tersebut, apa akan terjadi kepada wang dalam kad tersebut? Sepatutnya dari sudut hukumnya, wang itu masih hak pemegang kad itu.

Ini bermakna nilai wang dalam kad tersebut mesti dipulangkan semula kepada waris si mati yang kemudian wajib membahaginya mengikut hukum faraid. Jika tidak berbuat demikian, syarikat itu telah menggunakan harta anak yatim.

Satu penyelesaian mesti dicari bagi mengatasi isu ini. Jika diabaikan, ramai waris yang akan terlibat dalam isu ini? Tanpa disedari syarikat itu telah menggunakan hak orang lain. Mungkin digunakan untuk operasi syarikat, membayar gaji, memberi dividen atau kegunaan lain untuk kepentingan syarikat.

Sekiranya dibiarkan menjadi amalan seperti sekarang, saya yakin masalah ini tiada penyelesaiannya dan ia tentu akan bertambah jumlah angka wang yang terlibat.

Isu ini terus berlaku kerana nama pendeposit berkenaan masih berada dalam sistem dan tiada dikemas kini data oleh syarikat berkenaan atau tidak pernah dibuat bancian.

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Dimanakah pihak berkuasa, badan berkanun, agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang sepatutnya membangkitkan isu berkenaan.

Sesuatu tindakan harus dilaksanakan secepat mungkin. Pihak berkuasa mesti menambah baik akta sedia ada untuk mengelakkan kepincangan ini terus diwarisi oleh anak cucu disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian kita.-UTUSAN

SUHARDIMAN MOHD. LAZIM
Pengerusi Koperasi Guru dan
Pegawai Agama Pahang (KoGUPA)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya