Kecewa Malaysia enggan bersuara isu konflik di Ukraine

Kecewa Malaysia enggan bersuara isu konflik di Ukraine

BANYAK pihak kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang tidak ambil peduli isu Ukraine diserang oleh Russia. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Di sana beliau bersuara mengenai dua konflik utama iaitu isu Palestin dan Rohingya, namun tidak bersuara mengenai konflik Ukraine-Russia sedangkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky meminta semua negara supaya menentang pencabulan berdarah dibuat oleh Russia ke atas negara itu.

Saya hairan mengapa negara kita masih tidak peduli apa berlaku di Ukraine. Sepatutnya peluang ini diambil oleh Zambry untuk menyuarakan perkara ini kepada persidangan tersebut tapi sebaliknya hanya utamakan dua konflik lama yang boleh dianggap klise.

Malaysia tidak ambil peduli isu Ukraine kerana beranggapan negara itu dan negara-negara Barat boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Namun, saya faham itu semua kerana faktor geopolitik disebabkan negara-negara yang menyokong Ukraine adalah berpihak kepada blok Barat.

Malaysia mengambil pendirian tidak berpihak. Malaysia hanya negara kecil sahaja yang hanya ambil tahu isu-isu negara-negara Islam lain seperti Palestin.

Apa pun pendirian Malaysia yang pasti sudah setahun perang Ukraine-Russia tetapi Malaysia masih tidak bersuara walaupun kerap kali serangan Rusia tersasar terhadap orang awam.

Tiada langsung apa-apa bantahan dari Malaysia yang seolah-olah menganggap terserah kepada Russia untuk berbuat demikian.

Pada masa sama, Malaysia masih terus menjalinkan hubungan dengan Russia meskipun negara penceroboh telah melanggarkan undang-undang antarabangsa. Saya amat kecewa kerana Malaysia masih tidak serius tentang penderitaan penduduk Ukraine.-UTUSAN

FAKARUL NAIM
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya