Kecewa KWSP Seberang Jaya sediakan nombor telefon ‘hantu’ - Utusan Malaysia

Kecewa KWSP Seberang Jaya sediakan nombor telefon ‘hantu’

KWSP perlu memastikan pelanggan tidak menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA pergi ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 3 Oktober lalu, kira-kira pukul 10 pagi.

Setibanya di kaunter khidmat pelanggan, saya diberikan nombor giliran secara manual untuk urusan. Apabila saya bertanya, kenapa nombor diberikan secara manual, seorang kakitangan menjawab sistem pengurusan giliran (QMS) menghadapi masalah.

Ketika itu terdapat lebih kurang 20 pelanggan sedang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan. Saya menunggu sambil perhatikan keadaan sekeliling dan mendapati nombor giliran manual dipanggil oleh staf di kaunter dan monitor QMS yang dikatakan menghadapi masalah juga beroperasi memaparkan nombor giliran bersama dengan panggilan oleh QMS.

Saya terus pergi ke bilik ketua perkhidmatan di situ untuk mendapatkan penjelasan, kenapa QMS tidak digunakan sepenuhnya? Tiada jawapan yang diberikan sebaliknya beliau hanya meminta maaf.

Saya meluahkan ketidakpuasan hati dan beliau memberikan tawaran kepada saya untuk dilayani serta-merta tetapi telah ditolak oleh saya dengan memberitahu tindakan sedemikian tidak adil kepada pelanggan yang sedang menunggu dan saya meminta supaya QMS dioperasikan.

Setelah menunggu lebih kurang dua minit, saya diberikan nombor QMS dan sistem itu beroperasi seperti biasa sepenuhnya.

Dalam pada itu, ketika berada di cawangan sama, saya mendapati terdapat 18 kaunter tetapi hanya enam kaunter dibuka untuk perkhidmatan.

Saya berasa kecewa dengan kelemahan pihak pengurusan KWSP Cawangan Seberang Jaya kerana tidak mempedulikan pelanggan yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Saya ternampak ada dua poster digantung pada dinding di belakang kaunter yang menunjukkan visi dan misi KWSP. Satu lagi adalah nombor talian 03-26162121 untuk mengemukakan aduan.

Amat dukacita talian itu hanya berbunyi, “Maaf nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.” – UTUSAN

SOH MING HWA, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya