Jangan kita diketawa beras ‘hilang’ macam MH370

Jangan kita diketawa beras ‘hilang’ macam MH370

SIASAT di kilang beras untuk melihat sendiri jika berlaku salah laku dan penyelewengan. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kekurangan dan ketiadaan beras di kedai walaupun Malaysia mengeluarkan 65% beras putih tempatan (BPT) memang pelik dan mengejutkan. Yang peliknya, beras import hanya kira-kira 30% dalam pasaran tetapi sentiasa ada.

Seperti yang diketahui umum BPT diberi subsidi oleh kerajaan dengan harga kurang dari RM30 bagi yang beratnya 10 kilogram.

Sehingga kini, empat langkah intervensi diambil kerajaan dalam mengatasi isu bekalan beras di seluruh negara. Antaranya kerajaan melancarkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih yang memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan di kesemua peringkat rantaian pembekalan BPT.

Dimanakah silapnya? Dengan ketiadaan BPT yang tidak pernah berlaku sebelumnya tentulah wujud pelbagai spekulasi di pihak rakyat yang telah sedia dibebani oleh kos hidup yang telah sedia tinggi yang menuntut kepada penyelesaian segera.

Terdapat pelbagai dakwaan punca beras ‘hilang’ itu termasuk tindakan manipulasi daripada pihak pemborong yang didakwa mencampur 65 peratus BPT ke dalam kampit beras import bagi mengaut lebih keuntungan.

Di pihak kerajaan, buatlah siasatan sebelum menuding jari kepada rakyat seperti menggesa orang ramai tidak membuat pembelian panik dan sebagainya.

Siasatlah di tempat yang sepatutnya seperti di kilang beras, pemborong dan peruncit untuk melihat sendiri jika ada berlaku salah laku dan penyelewengan melibatkan pembungkusan, pengredan dan pengedaran.

Selain itu, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menangguk di air keruh ketika rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang.

Kita tidak mahu imej negara tercemar lagi dan menjadi bahan lawak selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga kini gagal dikesan.

Jangan pula isu kehilangan beras putih tempatan pula menjadi bahan jenaka di seluruh dunia.-UTUSAN

BERAS HANCUR
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya