Jadikan aktiviti kayak di Sungai Pahang sebagai ekopelancongan

Jadikan aktiviti kayak di Sungai Pahang sebagai ekopelancongan

AKTIVITI berakit boleh menjadi tarikan buat pelancong ke Pahang.-UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA tahun lalu, acara berakit di Sungai Pahang pernah menjadi popular sebagai aktiviti ekopelancongan melibatkan peserta peringkat antarabangsa. Aktiviti ini mengambil tempoh hampir satu minggu menysuri Sungai Pahang bermula dari Lipis sehingga Pekan.

Acara itu telah agak lama tidak diadakan, berkemungkinan kerana melibatkan kos tinggi dan persediaan rumit serta menyulitkan.

Adalah elok jika aktiviti pelancongan melibatkan Sungai Pahang diadakan semula dan ditukar kepada penggunaan perahu tradisional, perahu papan dan kayak sebagai ganti kepada rakit yang agak rumit dari segi penyediaannya.

Lebih mencabar jika boleh diadakan sebagai acara solo, berpasangan dan berkumpulan bermula sama ada di Kuala Tahan atau Pos Betau Sungai Jelai.

Jika mahu lebih cabaran, boleh bermula di muara Sungai Pahang menghala mudik ke hulu hingga Kuala Tahan atau Kuala Lipis yang jaraknya lebih kurang 400 kilometer.

Di samping itu, Sungai Endau dan Sungai Rompin juga boleh dijadikan tempat khusus untuk melakukan aktiviti ini.

Pun begitu, jika diadakan di Sungai Pahang, elok sediakan checkpoint dan bermalam di setiap daerah bermula dari Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran (Chenor) dan Pekan.

Dalam masa sama, di setiap daerah menyediakan persembahan kebudayaan serta jualan atau santapan makanan popular seperti sebelum ini.

Masa sesuai diadakan aktiviti ini ialah pada musim kemarau antara hujung Mac hingga Julai kerana ketika air sungai sedang surut dan terdapat banyak kawasan berpasir yang menjadikan aktiviti bertambah menarik dan mencabar.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya