Hari Akademia2023 fokus tangani perubahan iklim, kehilangan biologi

Hari Akademia 2023 fokus tangani perubahan iklim, kehilangan biologi

HARI Akademia 2023 disambut untuk memberi fokus tangani perubahan iklim dan kehilangan biologi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHUN ini adalah kali kelima Hari Akademia disambut untuk menghargai jasa kesarjanaan dan pemikiran terkehadapan ahli akademik di universiti awam. Sepanjang Oktober, ahli akademik universiti di seluruh negara meraikannya dengan pelbagai aktiviti dan program bermanfaat.

Terdapat 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 dengan 169 sasaran dan 247 petunjuk yang memandu menjayakannya. Sebanyak 92 petunjuk adalah berkaitan alam sekitar.

Dalam 17 matlamat ini, terdapat isu-isu dilaksanakan secara rentas disiplin dan sinergi antara matlamat yang berbeza untuk mencapai sasaran. Misalnya, dalam menyelesaikan isu kemiskinan SDG 1 (tiada kemiskinan) akan melibatkan atau bersama-sama dengan SDG 13 (tindakan iklim); SDG 2 (kelaparan sifar); SDG 3 (kesihatan baik dan kesejahteraan); SDG4 (pendidikan berkualiti); SDG 6 (air bersih dan sanitasi); SDG 7 (tenaga berpatutan dan bersih); SDG 9 (industri, inovasi dan infrastruktur); SDG 11 (bandar dan masyarakat mampan); SDG 14 kehidupan di lautan dan SDG 15 hidupan di darat. Semua SDG memerlukan kesepaduan mengikut kesesuaian.

Bagi menjayakannya, tiga elemen penting mesti dilihat untuk kemampanan. Elemen-elemen itu ialah ekonomi, sosial dan alam sekitar yang bertindak menyokong antara satu dengan lain untuk mewujudkan dunia seimbang merangkumi semua aspek.

Untuk perbincangan sambutan Hari Akademia 2023 kali ini, Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menjemput tiga tokoh penting dalam bidang masing-masing iaitu ahli ekonomi yang juga Canselor Universiti Cyberjaya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali; Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad yang banyak mengetuai ekspedisi saintifik di hutan simpan dalam usaha menambah baik maklumat flora dan fauna di Malaysia; serta Profesor Datuk Dr. Abdul Latif dan Profesor Dr. Zahid Ahmad.

Adalah diharapkan penglibatan tokohtokoh ini, perbincangan tentang sumbangan pensyarah dalam SDG 2030 akan lebih jelas lagi.

Bagi menjayakan seruan ini, sokongan semua pihak dari segi pentadbiran dan penyediaan peruntukan kewangan sesuai sangat diperlukan.

MAAC menyeru kerajaan menyediakan peruntukan yang jelas dalam penglibatan pensyarah menangani isi perubahan iklim dan kehilangan kepelbagaian biologi khususnya dan SDG2030.-UTUSAN

PROFESOR DR. AHMAD ISMAIL
Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya