Elok guna istilah mangsa ketamakan manusia

Elok guna istilah mangsa ketamakan manusia

ISTILAH mangsa banjir perlu ditukar memandangankan bencana alam yang berlaku di muka bumi ini disebabkan campur tangan manusia yang tamak. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISTILAH mangsa banjir dan mangsa bencana alam telah lama digunakan untuk merujuk individu yang terjejas akibat kejadian banjir dan bencana alam. Bagaimanapun, semakin banyak bukti menunjukkan perkataanperkataan ini mungkin kurang sesuai dalam konteks moden. Ini disebabkan fakta yang semakin jelas bahawa banjir dan bencana alam tidak semata-mata disebabkan oleh unsur alam tetapi manusia yang telah merosakkan alam sekitar.

Alam tidak mempunyai niat jahat untuk menyebabkan banjir atau bencana alam. Alam itu sendiri adalah sebahagian daripada ekosistem yang berfungsi dengan seimbang sehingga manusia campur tangan. Oleh itu, adalah tidak adil dan kurang tepat untuk menyalahkan alam atau banjir kerana kejadian ini. Sebaliknya, kita perlu menumpukan perhatian kepada peranan manusia dalam memburukkan keadaan alam.

Istilah mangsa banjir dan mangsa bencana alam mungkin perlu dipertimbangkan semula. Sebagai alternatif, apabila berlaku banjir atau bencana alam, lebih sesuai jika merujuk kepada mereka yang terjejas sebagai mangsa ketamakan manusia atau mangsa kecuaian manusia atau menggunakan istilah lain lebih menitikberatkan sikap dan tindakan manusia yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

Perlu diingat, kebanyakan bencana alam termasuk banjir, tanah runtuh dan pencemaran alam sebenarnya disebabkan oleh tindakan manusia seperti pembalakan haram, pembangunan tidak terkawal dan pencemaran alam. Oleh itu, penting agar kita menggunakan istilah yang mencerminkan tanggungjawab manusia dalam menjaga alam sekitar.

Dalam usaha mengubah kesedaran masyarakat dan memberikan tekanan kepada manusia untuk bertanggungjawab akibat tindakan mereka terhadap alam, kita perlu memilih perkataan dengan bijak. Istilah yang lebih tepat dan berfokus pada tindakan manusia akan membantu meningkatkan kesedaran akan impak negatif yang kita miliki terhadap alam sekitar serta mendorong perubahan perilaku lebih positif.-UTUSAN

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
Tokoh Guru Kebangsaan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya