Elak guru berleter dalam perhimpunan sekolah - Utusan Malaysia

Elak guru berleter dalam perhimpunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk member respons tulisan sahabat saya yang juga Tokoh Guru Kebangsaan, Azizul Rahman Abdul Rahman di ruangan ini pada 19 Oktober lalu bertajuk Ubah perhimpunan sekolah yang bosan.

Selaku bekas pentadbir dan pendidik di sekolah, saya nampak memang ada kecenderungan untuk majlis perhimpunan rasmi menjadi panjang, meleret-leret dan kurang menarik sehingga sukar pelajar memberi perhatian sepenuhnya.

Ada pelajar tenggelam dengan dunia sendiri dan tidak pun mencatat perkara-perkara penting yang diutarakan.

Walaupun ucapan pentadbir dianggap sebagai fokus utama, jangan pula isu ditimbulkan begitu mendalam dan panjang lebar hingga memakan masa panjang.

Mereka perlu ada senarai isi utama yang hendak disampaikan dan diungkapkan dengan padat dalam bahasa mudah.

Perhimpunan sekolah juga bukan medan untuk memarahi atau melaksanakan hukuman tertentu kepada pelajar.

Kadangkala guru disiplin yang berucap menyampaikan dengan tegas, garang dan seperti berleter. Hal ini boleh merosakkan mood para pelajar pada awal pagi.

Mereka yang berucap pula jangan sekadar membaca teks disediakan. Mereka perlu menguasai tajuk dan menggunakan kemahiran pertuturan berkesan.

Memang biasa ada slot penyampaian anugerah dan hadiah, tetapi alangkah elok jika ada paparan visual foto aktiviti pelajar itu yang mengharumkan nama sekolah.

Tentu ini menambah semangat pelajar lain untuk membawa kejayaan kepada sekolah. – UTUSAN

MUSTAFFA SIRAJ, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya